Dr Maza Sokong TMJ

loading...

Dr_Maza_TMJMufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyatakan sokongan terbuka untuk TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Tulis Dr Asri di akaun Facebook beliau.

DYAM TMJ ada hak untuk menyatakan pendapat dan bersuara. Kita bersetuju ataupun tidak, itu soal kedua. Sebagai seorang yang hidup dalam negara ini, juga seorang anak Sultan, tiada siapa boleh menafikan hak beliau bersuara. Apatah lagi, jika apa yang disuarakan itu berfaedah untuk rakyat awam. Saya baru sahaja terbaca kenyataan beliau yang terakhir tentang teguran beliau, saya hormati. Moga beliau terus berjuang untuk kepentingan awam. Amin.



Hari ini TMJ membalas kritikan Menteri Pelancongan Mohamed Nazri Aziz bahawa menteri bukan Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.

Nazri sebelum ini memberi amaran TMJ akan ‘dibelasah’ kerana masuk campur hal ehwal politik. Ia berikutan  selepas baginda mengkritik PM Najib Razak kerana tidak hadir dialog Nothing 2 Hide baru-baru ini.
loading...

0 Response to "Dr Maza Sokong TMJ"

Post a Comment