Terus Ke Mahkamah Jika Ditangkap Memandu Atau Menunggang Kenderaan Tanpa Lesen



Pada mereka yang memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen, anda akan terus didakwa di mahkamah jika ditangkap atau didapati bersalah.

Jika sebelum ini individu yang bersalah hanya diberi saman, dengan undang-undang terbaru ini, pihak polis trafik tidak lagi bagi muka kepada mereka yang memandu/menunggang kenderaan tanpa lesen. Undang-undang ini telah dilancarkan pertengahan bulan lalu dan sudah beribu pesalah trafik telah dihadapkan ke mahkamah.

 

Tindakan drastik itu diambil selepas terlampau banyak kes melibatkan kesalah memandu/menunggang tanpa lesen ini dan angka kes itu meningkat setiap tahun. Pada tahun 2014 sahaja, 630,000 pengguna jalan raya disaman kerana memandu tanpa lesen. Kesalahan memandu tanpa lesen ini juga adalah penyumbang kemalangan jalan raya tertinggi setiap tahun.



Dalam Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 26, jika sabit kesalahan pesalah trafik boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pesalah trafik juga mungkin didenda di bawah Seksyen 90 akta yang sama kerana memandu tanpa perlindungan insuran di mana pesalah akan didenda RM2,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pemandu/penunggang yang memandu tanpa lesen tidak pernah mendapat pengetahuan pemanduan yang betul dan tidak pernah diuji. Jadi mereka ini mungkin tidak tahu langsung tentang undang-undang trafik, papan tanda dan cara memandu yang betul. Jadi, mereka ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain tetapi membahayakan nyawa mereka sendiri,” kata Ketua Polis Trafik Persekutuan SAC Mahamad Akhir Darus.

“Disebbkan mereka memandu tanpa lesen, kami juga akan menyita kenderaan yang mereka bawa itu. Pemilik kereta itu nanti akan disaman sebanyak RM300 kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu kenderaan mereka,” tambah Mahamad.

Ianya satu langkah yang baik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Tetapi faktor harga lesen yang tinggi juga turut menjadi sebab mengapa ramai pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen. Mungkin jika harga lesen diturunkan, lebih ramai yang berminat dan mampu untuk mendapatkan lesen mereka. Apa kata anda?

SUMBERTHE SUN

0 Response to "Terus Ke Mahkamah Jika Ditangkap Memandu Atau Menunggang Kenderaan Tanpa Lesen"

Post a Comment