Lihat! Lelaki Ini Berjuang dari Gemuk Dihina, Kini Penghias 30 Iklan Jenama Terkemuka

loading...

Kisah hidup Wan adalah sebuah cerita benar. Ia sebuah kisah inspirasi yang pasti akan meluapkan keinginan luar biasa mana-mana manusia bersaiz XXL, untuk mencapai berat badan ideal.

SETIAP manusia memiliki impian. Malah impian juga adalah satu cita-cita yang perlu dipupuk sebelum mencapai puncak jaya. InTrend terpanggil untuk menemu bual Mohd Ridwan bin Mustafa atau lebih selesa disapa Wan, yang pernah mengalami dilema traumatik kerana masalah berat badan melampau mencecah 120kg. Namun kini dia memiliki berat badan ideal yang menjadi dambaan semua.


Kisah hidup Wan bukan sekadar cerita biasa-biasa. Kisah hidup Wan adalah sebuah cerita benar. Ia sebuah kisah inspirasi yang pasti akan meluapkan keinginan luar biasa mana-mana manusia bersaiz XXL, untuk mencapai berat badan ideal.   




“Saya bukanlah lahir dari keluarga yang senang. Membesar di Felda Kerteh, Terengganu.  Secara lahiriahnya saya bukanlah tersedia sempurna, otot-otot yang berketul ini timbul dengan sendirinya sejak azali. Sejak kecil saya simpan impian ingin kurus. Kenapa? Kerana terlalu penat dicaci GEMUK, GEDEMPOL, muka berjerawat, loser… Cukuplah! Episod gelap itu menghantui diri saya. Pernah satu ketika ada orang letak buah nangka busuk di atas motor buruk milik ayah. Berbagai rasa ketikai itu. Rasa marah, geram dan sakit hati. Saya rasa terhina dengan perbuatan itu, buat saya bangkit dan terus keluar dari kemelut kemurungan dek masalah berat badan yang saya alami dulu.”






“Hasrat miliki badan ideal bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan pengorbanan, dan usaha perlu seiring. Ketika di kolej saya berazam untuk mengamalkan diet yang konsisten. Saya hanya ambil masa setahun untuk proses kurus dan ia berterusan hingga ke hari ini. Sebab itu saya selalu sertai marathon jelajah seluruh dunia. Saya pernah berlari merentas bumi Chicago, menggegarkan sakura di Tokyo, menggoncangkan Sydney, malah saya sempat menakluk kota megah Berlin. Peluh saya ini pernah menitik di serata bumi Allah, alhamdulillah! Saya memang gemar sertai acara sihat sebegini dan dalam masa yang sama saya dapat luaskan ilmu dengan melihat negara orang.”



FASA HIDUP YANG BARU SELEPAS MILIKI BADAN IDAMAN



“Selepas berhempas-pulas mempersiapkan diri. Ya, saya semakin yakin untuk tampil ke hadapan. Ini bukanlah satu cara untuk membuktikan siapa menang atau siapa hebat di mata mereka yang pernah melemparkan kata-kata cerca dan nista kepada saya dulu. Ini adalah nilai sebuah harga diri yang perlu saya buktikan untuk diri saya sendiri. Si gemuk yang dulunya ‘loser’ juga boleh terus terbang mengejar mimpi.”






“Saya mula aktif dalam bidang modelling komersil sejak tahun 2013. Siapa sangka sepanjang empat tahun ini wajah  saya sudah hiasi lebih 30 komersil jenama terkemuka. Yang paling memberi kesan dalam hidup saya ialah iklan Shell. Wajah saya terpampang di setiap pintu masuk stesen minyak Shell di seluruh negara sehinggakan di mana-mana saya dipanggil “Abang Shell”! (ketawa)



“Soal bayaran? Alhamdulillah semua itu rezeki dari Tuhan untuk saya kongsi bersama keluarga saya. Inilah harga perit getir yang saya lalui untuk bangkit dari kepompong kemurungan hidup dulu.”



“Usaha untuk terus maju tidak pernah terhenti. Ya, saya akhirnya miliki badan idaman yang saya impikan selama ini. Tetapi saya tidak harus bongkak mendongak langit malah saya seronok jika boleh berkongsi pengalaman saya kepada sesiapa sahaja di luar sana. Ini semua atas usaha keras saya dan keredaan Allah SWT. Dengan izin-Nya juga saya miliki kelebihan ini. Oleh itu, saya hasilkan produk yang mampu membantu masyarakat Malaysia berdiet dengan cara yang santai dan tidak membebankan.  


loading...

0 Response to "Lihat! Lelaki Ini Berjuang dari Gemuk Dihina, Kini Penghias 30 Iklan Jenama Terkemuka"

Post a Comment