Jaga Penampilan Diri : Artis Layak Dapat Pelepasan Cukai

loading...

LHDN beri potongan cukai tapi artis tak tuntut 

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjelaskan bahawa potongan cukai “penampilan diri” yang dikenali sebagai perbelanjaan operasi sudah diberikan kepada para penggiat seni dalam negara.

Menurut jurucakap LHDN, di bawah terma tersebut, kerajaan telah memperuntukan beberapa potongan antaranya melibatkan bayaran jurusolek, sewaan pakaian dan kos-kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan, lapor ProjekMMO.

Selain itu, kos perjalanan seperti petrol, tol dan bayaran parkir juga boleh dimohon untuk dikecualikan cukai, yang mana tiada peruntukan atau amaun tertentukan ditetapkan, kata pegawai perhubungan awam LHDN, Masrun Maslim dipetik portal tersebut, hari ini.

“Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.

“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.

“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois [termasuk, pembelian alat solek] baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan seorang pelakon, Nora Danish yang meminta supaya pengecualian diberikan kepada artis dalam bab berkaitan imej dan penampilan diri.

Bagaimanapun, kenyataan pelakon itu telah disalah erti sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai.

"Bukan apa, dalam waktu sekarang, kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami,” kata Nora seperti dilapor Utusan Malaysia, semalam.

Masrun dalam pada itu turut menjelaskan kekeliruan terma yang digunakan oleh artis berkenaan.

“Sebenarnya, terma yang kami gunakan bukanlah pelepasan cukai sebaliknya terma yang betul ialah perbelanjaan operasi sebagai artis dan selebriti,” katanya seperti dilapor ProjekMMO.

loading...

7 Responses to "Jaga Penampilan Diri : Artis Layak Dapat Pelepasan Cukai "