Isteri Mengamuk Kerana Suami Tak Jemput Pulang

loading...

ALOR SETAR - Seorang wanita mengamuk apabila suaminya tidak menjemputnya pulang dari tempat kerja, Khamis lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30'an itu berang suaminya tidak datang menjemputnya pulang dari tempat kerja yang kemudian terpaksa pulang bersendirian ke rumah.


Setibanya di rumah, wanita itu mendapatkan penjelasan suaminya bekerja sebagai seorang mekanik. Namun berlaku pertengkaran di antara mereka berdua apabila wanita itu tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh lelaki itu.

Pertengkaran itu kemudian bertukar ganas dan wanita itu gagal mengawal kemarahannya, lalu memecahkan kereta selain dari menggigit tangan suaminya.

Keadaan bertambah teruk lagi apabila wanita itu turut merosakkan kereta pelanggan yang dibaiki oleh suaminya.
loading...

0 Response to "Isteri Mengamuk Kerana Suami Tak Jemput Pulang"

Post a Comment