Beban Menggunung, Guru Kini Umpama Kerani Sekolah

loading...




Guru merupakan pekerjaan yang mulia, kerana tugas guru adalah mengajar, mendidik, menyampaikan ilmu dan menjadi contoh kepada pelajar serta berperanan penting juga dalam komuniti masyarakat setempat.


Selain daripada mengajar, guru juga mempunyai peranan lain dalam mengurus, menjalankan program-program, mengumpul dan menganalisis data, membuat kajian, menyediakan laporan dan sebagainya. Boleh dikatakan majoriti guru akan membawa pulang kerja-kerja sekolah untuk disiapkan di rumah.

Sehingga kini, guru-guru mengakui mereka seakan melakukan kerja pengkeranian melebihi dari tugas sebenar iaitu mengajar. Mana tidaknya, setiap perkara perlu dikumpul, diaudit, dianalisis, dihantar laporan.

Beberapa tahun sebelum ini juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengumumkan kajian berkenaan tugas guru dijalankan. Antara perkara yang dimansuhkan adalah pengisian data SPPBS secara online dan diubah kepada pengisian secara offline.

Diharapkan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa dalam memastikan bebanan tugas guru dapat dikurangkan.
loading...

1 Response to "Beban Menggunung, Guru Kini Umpama Kerani Sekolah "

  1. KPM dan JPA perlu wujudkan jawatan baru iaitu pembantu am kepada guru guru ini khas utk tugas2 perkeranian yang semakin banyak. Samada berikan mereka pembantu ini atau naik kan lagi gaji guru guru sebab dah buat 2 kerja dalam satu masa.... Cuepacs dan NUTP perlu melihat dan tangani isu ini segera....

    ReplyDelete