Ramai Yang Salah Faham, Ini Perbezaan Gelaran Dato Dan Datuk

loading...


Di Malaysia, pelbagai gelaran untuk individu-individu tertentu seperti Tan Sri, Datuk Seri, Dato’ Seri, Datuk dan Dato’ diberikan kepada seseorang yang berjasa kepada negara.

Dalam pada itu, tahukah anda apakah perbezaan antara gelaran Dato’ dan Datuk? Berikut adalah penerangan mengenai perbezaan antara gelaran Dato’ dan Datuk.

Dato’

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

Sumber: Facebook
loading...

0 Response to "Ramai Yang Salah Faham, Ini Perbezaan Gelaran Dato Dan Datuk"

Post a Comment