Polis Akan Gunakan Alat Baru Untuk Mengesan Pesalah Trafik yang Ada Saman Tertuggak

loading...

Polis akan mula menggunakan alat ‘Automated Number Plate Recognition’ (ANPR) untuk mengesan kenderaan yang memiliki saman tertunggak, waran tangkap dan kenderaan curi dalam masa terdekat.
Demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang turut memberitahu alat tersebut telah dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada awal September lepas.

“JSPT dibekalkan satu alat ANPR pada awal September dan akan mula digunakan dalam tempoh terdekat ini untuk mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap dan kenderaan curi.

“Bagi mana-mana pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan berjaya dikesan alat ini, maka kita akan tangkap terus untuk tindakan selanjutnya.

“Justeru, sesiapa yang mempunyai saman tertunggak dinasihat segera menyelesaikan bayaran kerana tidak ada ruang untuk mereka lari daripada membayar kompaun sebaik sahaja alat ini digunakan,” kata Mazlan kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini semalam.

Tambahnya, alat tersebut akan dipasang di beberapa lokasi terpilih, selain turut dibawa secara ‘mobile’ oleh anggota trafik.

“Alat ini boleh dipasang di mana-mana lokasi, selain juga boleh dipasang di kenderaan polis dan jika ada pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dikesan, maka akan terus ditangkap serta-merta,” katanya.

Menurutnya, sehingga 4 Oktober sahaja, sebanyak 188,294 keping saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.



loading...

0 Response to "Polis Akan Gunakan Alat Baru Untuk Mengesan Pesalah Trafik yang Ada Saman Tertuggak"

Post a Comment