Malas menunggu di bank, Tukar kad ATM Maybank secara ONLINE

Bulan puasa yang lalu kecoh kejap semua pemegang kad debit/ kad bank kene tukar kad baru. Kekecohan bermula bila orang ramai mula menerima SMS yang meminta pemegang kad debit ATM Maybank untuk segera menukar kad debit mereka di mana-mana cawangan pada hari tersebut.
Lepas tu timbul pulak macam-macam jenis berita dari Whatsapp pasal kad ATM, ada yang kata kena tukar sebelum 31 Julai, ada yang kata kena denda RM200 kalau tak tukar kad bank.
Admin yang gelabah biawak pada waktu tersebut segera mencari cawangan Maybank terdekat. Masa masuk tu dia tanya, “nak tukar duit raya ke cik?” Bayangkanlah dengan sibuk orang nak tukar duit raya, nak berurusan dengan bank, serabut pulak satu lagi perkara timbul bila orang ramai tergesa-gesa nak tukar kad ATM.
Admin kabo ke dia…“saya nak tukar kad ATM, dapat SMS ni…”
“ooohh.. SMS ni memang suruh tukar kad ATM cik, tapi masih boleh tukar sebelum 1 Januari 2017. Kalau cik nak tukar hari ni, ada lagi 24 orang sedang menunggu untuk urusan tukar kad ATM, makan masa jugaklah…”
Terus saja admin kata tak jadilah… lain kali pulak admin datang.. tapi tak pernah pegi dah pun. Setiap kali pegi nak tukar kad ATM Maybank, mesti ramai.
Tukar Kad ATM Maybank Secara ONLINE.
Malas raser nk gi bank.. admin pun mula selongkar Maybank2u. Baru admin tahu rupanya ada kaedah tukar kad secara online. Yang dah tahu tu takyah la nak bahankan admin. Ramai lagi kot yang taktahu. Pakat-pakat share laaaa~
  1. Login ke Maybank2u (untuk pengguna Maybank2u lah…) tengok bawah sekali dan klik Card Management
     
    2. Pastu klik pulak dekat ATM/Debit Card sebelah kanan sekali 
    3. Nampak nombor kad korang? Haa… tengok sebelah kanan sekali dan klik butang Replace Card
    4. Masukkan alamat penghantaran untuk kad ATM baru…. pastu klik butang Continue…
  2. 5. Haaa.. dah selesai tu mintaklah TAC dari Maybank2u macam biasa. Memang apa-apa urusan dan transaksi kena ada pengesahan TAC, macam tak biasa pulak… klik Request for TAC. Bila kod TAC dah sampai melalui SMS, masukkan jerlah dan klik Confirm
  3. 6. Kalau semua langkah dah okey, Maybank2u akan kabo urusan berjaya. Kena tunggu 14 hari bekerja untuk dapatkan kad ATM yang baru.
  4. Dan kad ATM yang baru akan dihantar terus menggunakan courier sampai depan rumah uolsss… pastu bacalah instruction macamana nak activate kad tu. Hehhh~
  5. Sementara kad baru belum diterima/diaktifkan, kad yang lama boleh pakai lagi kalau nak kluarkan pitis….kbaiii

0 Response to "Malas menunggu di bank, Tukar kad ATM Maybank secara ONLINE"

Post a Comment