Kenaikan Harga Minyak Adalah Proses Untuk Kesejahteraan Rakyat – Najib Razak

loading...





Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kenaikan harga minyak yang diumumkan malam semalam merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.


Sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.


Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.





“Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat,” katanya.

Proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.


“Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M,” tambahnya lagi. -AANS- 
loading...

3 Responses to "Kenaikan Harga Minyak Adalah Proses Untuk Kesejahteraan Rakyat – Najib Razak"