Jadilah Kebanggaan Ibu Mu : Kisah Pelajar MRSM Mahu Belajar di Pondok di Kecam Masyarakat

loading...

Anak itu seperti kain putih yang akan diwarnai oleh ibu bapanya, samada menjadi yahudi, nasrani atapun majusi.

Lalu acuan apa yang kita tetapkan kepada anak-anak kita.


Teringat saya dengan kisah dari  Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff-Dr.MIA walaupun ada entri dari fanpage  dan profile yang lain menceritakan kisah yang sama dalam versi yang asli dan ditokok tambah. Sama ada ia kisah benar atau kisah rekaan semata-mata, itu perkara yang kedua, yang penting apa yang kita dapat daripadanya, jom kita ambil feel:


~Kebanggaan Ibu~


Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah…


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya….


Dulu saya dapat 5A UPSR…


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya….


Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM…


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya…


Dulu saya dapat 8A dalam PMR…


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya….


Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia…


Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya….


Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya…


Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya….


“Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya… Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak…”


Kata mereka….


Tapi…


Pada suatu Subuh…


Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu…


Saya bacakan surah Abasa…


Dan sebak ketika sampai ayat:


Yaumayafirrul mar’umin akhih…..


Wa ummihi…wa Abih….


Selesai solat, semasa perjalanan pulang…


Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?


Saya jelaskan….


Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya…


Ibunya…


Ayahnya….


Isterinya…


Anak-anaknya…


Saya katakan…


Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya…


Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila…


Sedangkan di mahsyar nanti, semua “kata-kata orang” tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut……


Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak…


Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya…


Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya…


Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?


Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata….


“Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik…”


Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan “pujian” ibuku…


Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji….


Wahai hamba Allah…


Apa sebenarnya yang kalian kejar?


Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?


Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia…


Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?


Wahai saudaraku…


Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?


Sebelum lubang kubur kalian akan digali?


Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?


Wallahuaklam..


~end kebanggaan ibu~


Pesan Ustazah Norhafizah Musa


Jika kita lihat

anak-anak lakukan kesalahan,
bukan sahaja anak-anak yang perlu bertaubat kepada Allah,
Ibubapa lebih-lebih lagi.

Jika kita lihat

Isteri lakukan kesilapan
bukan sahaja insteri yang perlu bertaubat kepada Allah,
suamu lelbih-lebih lagi,

Mungkin pada kesilapa dan

kesalahan yang mereka lakukan itu
ada bahagian untuk kita



Teringat saya pada hadis nabi Muhammad SAW:


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالأَمِيرُ الَّذِى عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِىَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالَعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ


Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda :


“Ketahuilah…Setiap dari kalian adalah pemimpin yang akan di mintai pertanggung jawabannya, seorang imam adalah pemimpin bagi masyarakatnya dan akan di minta bertanggung jawab tentang kepimpinannya,


seorang suami adalah pemimpin bagi keluarga dan ia bertanggung jawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya dan ia bertanggung jawab terhadap mereka,


seorang pembantu adalah pemimpin bagi harta tuannya dan ia bertanggung jawab terhadapnya, setiap kalian adalah pemimpin dan tiap kalian mempunyai tanggung jawab terhadap yang di pimpinnya”. (HR. Bukhari Muslim)




Wallahua’lam sama-sama kita ambil pengajaran dan ibrah dari kisah kebanggaan ibu ini. Hargailah mereka yang ada disekeliling anda, sebagaimana anda ingin rasa dihargai oleh orang lain, terutamanya ibubapa kita yang masih hidup.
loading...

0 Response to "Jadilah Kebanggaan Ibu Mu : Kisah Pelajar MRSM Mahu Belajar di Pondok di Kecam Masyarakat "

Post a Comment