Pekerja Binaan Terkejut : Anakonda muncul dari dalam gua


Brasilia: Sekumpulan pekerja binaan di Brazil terkejut apabila mereka menemui seekor anakonda gergasi di kawasaan tempat kerja mereka.

Satu letupan gua ketika kerja pembinaan dilakukan di empangan Belo Monte di daerah Altamira di negeri Para memeranjatkan pekerja berkenaan.

Bagaimanapun, mereka lebih terkejut apabila seekor ular gergasi seberat 400 kilogram dan panjang 10 meter muncul dari gua itu.

Ular gergasi itu yang ukur lilitnya kira-kira satu meter ditemui pekerja yang membersihkan kawasan itu.

Mereka kemudian mengangkat ular berkenaan dengan menggunakan kren.

0 Response to "Pekerja Binaan Terkejut : Anakonda muncul dari dalam gua"

Post a Comment