Info bank Negara : Anda perlu menukar Kad Bank Anda Sebelum 31 Disember 2016

loading...


Info baru: MAKLUMAN SEGERA




Tempoh penukaran kad baru akaun di setiap bank adalah sehingga 31 Disember 2016. Ini merupakan arahan Bank Negara Malaysia (BNM).

Warga Malaysia yang menggunakan kad sedia ada tidak perlu bimbang kerana masa masih berbaki 3 bulan untuk berbuat demikian memandangkan ramai yang mula berpusu-pusu ke setiap cawangan bank.

Seluruh industri akan beralih daripada penggunaan kad tandatangan kepada kad PIN mulai pertengahan tahun 2015. Tandatangan akan dihentikan penggunaannya secara berperingkat-peringkat apabila kad dan terminal dinaik taraf. Apabila anda menerima kad PIN yang baharu, anda hendaklah memasukkan PIN apabila dikehendaki, dan bukannya menurunkan tandatangan semasa membuat pembayaran di terminal tempat jualan di Malaysia. Bermula 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima apabila anda menggunakan kad untuk membuat pembayaran dalam negara.

Sistem Pin and Pay ni lebih selamat penggunaan untuk pembelian menggunakan kad kredit atau kad debit. Jika sebelum ni guna kad kredit atau kad debit kita kena turunkan tanda tangan... Tapi dengan sistem kad yang baru, tak perlukan tandatangan lagi tapi pengguna atau pemegang kad kena masukkan no pin.


No Pin tu sama je dengan no pin ATM yang kita guna... Jadi ada sistem yang lebih selamat kat situ... Sebab tandatangan kan..sesetengahnya boleh ditiru...

Itu antara sebab kenapa kena tukar kepada kad baru.

Maklumat lanjut boleh lah baca pasal Pin and Pay dilink berikut:
 https://pinandpay.com.my/bm/pemegangkad.html


Jadi, jomlah kita menukar kad baru ya.. Banyak masa lagi ni... Jangan tunggu saat akhir baru nak buat... Masa tu tak terkejar nak buat...

Mujur juga kami pemegang kad bank Maybank dan CIMB sahaja... Kalau yang ada dua tiga jenis bank tu... Haishh... Jenuh juga nak hadap satu-satu bank ya... 

Thanks for reading: Semua Pemegang Kad Debit ATM Perlu Tukar Kad Debit Baru Sebelum 1 Januari 2017!

Ambillah masa yang betul-betul lapang dan tidak perlu tergesa-gesa kerana tindakan ini akan menyebabkan bank dipenuhi orang ramai dan sekaligus akan melambatkan urusan-urusan bank yang lain.
Sebarkan makluman ini.
*Bank Negara Malaysia (BNM)*
loading...

0 Response to "Info bank Negara : Anda perlu menukar Kad Bank Anda Sebelum 31 Disember 2016"

Post a Comment