10 Tip Ketahui Kondisi Kereta Baharu Selepas 5 Tahun – Masih Reliabel, Jimat Minyak atau Bermasalah?

loading...



ANDA merancang beli kereta baharu (contoh: Perodua Myvi), tetapi tidak tahu apakah kereta itu reliabel atau bermasalah? Atau anda cuma beli kereta berpandukan cakap-cakap orang saja. Anda mungkin sudah memandu uji kereta idaman anda di bilik pameran terdekat. Tetapi masih tidak puas hati kerana bagi anda, mana-mana kereta baharu pun memang sedap dipandu.
Hakikatnya, setiap kereta tidak selamanya muda dan cantik kerana ia akan perlahan-lahan uzur dan dimamah usia seiring berganti tahun. Jadi, bagaimana mahu pastikan sesebuah jenama kereta itu reliabel atau bermasalah? Berapakah anggaran kos bahan api untuk penggunaan rutin harian? Bagaimana agaknya kondisi kereta baharu selepas 5 tahun dibeli? Ataupun selepas melepasi had perbatuan 80,000km?
Jangan risau. Sekarang PanduLaju akan bantu anda untuk menilai tahap reliabiliti dan mengetahui kondisi kereta baharu selepas 5 tahun. Tetapi, anda mungkin perlu melaburkan sedikit wang. Apa salahnya kalau itu mampu berikan anda keputusan tepat dan berbaloi? Baca tip di bawah:

1. TEMPAH KERETA SEWA

kereta-sewa-therunnerman
Telefon mana-mana syarikat kereta sewa (seperti di atas) dan tempahlah kereta yang berjenama sama dengan bakal kereta baharu anda. Jika bercadang membeli Myvi, sewalah Myvi.

2. MINTA KERETA EKSTRA PERBATUAN

panggilan-telefon-pandulajudotcomdotmy
Buat permintaan khas, beritahu syarikat kereta sewa bahawa anda tidak mahu kereta baharu. Jarak perbatuan (mileage) pula mesti 80,000km ke atas. Permintaan ini memang pelik, tapi ingat, anda sekarang mahu menguji tahap kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan bakal kereta baharu anda. Kalau kereta baharu, lebih baik pandu uji di bilik pameran.

3. SEWA 5 HARI ATAU SEMINGGU

sewa-kereta-pandulajudotcomdotmy
Semakin lama anda menyewa, semakin murah kadar sewa diberikan. Tempoh sewaan 5 hari ialah untuk menguji tahap penjimatan minyak berdasarkan rutin anda berulang-alik ke tempat kerja (Isnin-Jumaat).

4. ISI MINYAK PENUH

isi-minyak-pandulajudotcomdotmy
Isi minyak penuh dengan tiga kali nozel ditendang semula. Catatkan jumlah ringgit yang perlu dibayar. Kemudian bahagikan dengan tambahan bar yang meningkat hingga minyak penuh.

Contoh: Indikator isian penuh Myvi ialah 8 bar. Jika ketika minyak diisi ada 3 bar, tambahan 5 bar diperlukan untuk isian penuh. Dan jika tambahan 5 bar itu memerlukan anda bayar RM35, ini bermakna satu bar Myvi bernilai RM7, atau RM56 untuk isian penuh (8 bar * RM7).
Jadi, anggaran kasar isian penuh Myvi ialah RM56.

5. RESET ODOMETER

odometer-pandulajudotcomdotmy
Reset trip odometer kepada sifar sebaik sahaja anda selesai mengisi minyak. Ini penting untuk mencatatkan jarak perjalanan anda dengan isian minyak penuh.

6. MEMANDU SEPERTI BIASA

drive-pandulajudotcomdotmy
Pandu saja kereta sewa itu seperti kereta sendiri. Lakukan rutin yang biasa anda lakukan setiap hari. Ulang-alik kerja, hantar anak sekolah atau singgah ke kedai runcit. Mungkin hari Rabu anda pergi menonton wayang. Pergilah, tidak perlu tukar kereta sendiri.

Jika hari minggu anda biasanya akan pulang ke rumah ibu-bapa, teruskan. Ingat, memandulah seperti anda memandu kereta sendiri. Mesti bertamadun, bukan kerana; “Ini kereta sewa, jadi aku kena rembat betul-betul.”

7. CATAT PERBATUAN DAN DUIT MINYAK

tulis-mileage-pandulajudotcomdotmy
Apabila sampai hari akhir pemulangan kereta, catatkan jumlah perbatuan / kilometer (mileage) dan duit minyak yang sudah dikeluarkan. Lihat berapa bar minyak sudah berkurangan sejak pertama kali diisi penuh. Jika petrol perlu ditambah sebelum tiba hari pemulangan, pastikan minyak diisi ketika bar berkelip, bukan setiap kali bar susut. Dan jangan lupa reset odometer.

8. PERIKSA KOMPARTMENT DALAMAN, LUARAN DAN ENJIN

periksa-kereta-pandulajudotcomdotmy
Anda boleh lakukan pada hari terakhir sebelum pulangkan kereta. Perhatikan ruang dalaman. Lihat jika ada sebarang kerosakan mekanikal, pendawaian atau kualiti material pada kompartment seperti penyaman udara, tingkap kuasa dan pemain audio, soket 12V, sambungan USB, kawalan audio di stereng, hendal laci dashboard (glove box), poket fail di tepi pintu dan belakang kerusi.
Apakah ada benda yang tertanggal atau patah? Dengarkan juga bunyi-bunyian yang mungkin muncul daripada ceruk-ceruk kompartment. Lihat luaran, apakah cermin sisi masih boleh dilaras? But dan bonet boleh dibuka? Hendal keempat-empat pintu masih sama atau bertukar warna?
Perhatikan pelekat tempoh senggara di sudut cermin hadapan bahagian dalam. Buka bonet dan lihat enjin. Apakah ada sebarang kebocoran minyak? Apakah anda bahan plastik atau getah yang cair, reput atau mengeras (akibat panas atau kualiti rendah).

9. BANDINGKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

keliru-pandulajudotcomdotmy
Sekarang anda sudah tahu anggaran kasar sebenar mengenai bajet yang perlu anda peruntukkan jika membeli model pilihan itu untuk kegunaan harian. Apakah ia lebih jimat berbanding kereta sedia ada? Apakah anda perlu menambah perbelanjaan?

Apakah kereta itu sesuai dengan gaya pemanduan anda? Apakah reliabel atau bermasalah? Atau anda stres, sakit belakang atau rasa nak muntah apabila memandunya?

10. TAK CUKUP DUIT NAK SEWA LAMA

pinjam-kereta-kawan-pandulajudotcomdotmy
Anda boleh juga sewa sehari atau 2-3 hari untuk memandu uji. Apa perlu dilakukan adalah mengisi minyak penuh dan memandu hingga bar minyak berkelip (lebih kurang 400km untuk Myvi). Jangan lupa juga reset odometer.

Kenapa penting untuk mengisi minyak penuh dan set odometer? Ini kerana anda dapat membuatkan anggaran kasar berapa jauh bakal kereta baharu anda boleh dipandu dalam isian minyak penuh, termasuk duit minyak sepanjang berulang-alik ke tempat kerja. Ia juga memberikan gambaran kasar kondisi kereta anda selepas 70,000km.
Jika masih tidak cukup bajet, pinjam sajalah kereta kawan. Nanti berilah upah nasi ayam dan air tembikai. 🙂
loading...

0 Response to "10 Tip Ketahui Kondisi Kereta Baharu Selepas 5 Tahun – Masih Reliabel, Jimat Minyak atau Bermasalah?"

Post a Comment