5 Makanan Yang Membantu Menggalakkan Sistem Imunisasi Badan

loading...
comp-842708-immunefoods600x450


Anda dah membasuh tangan anda sebersih mungkin sambil menghidunya sekali. Memang baunya pun sudah cukup harum. Tapi cuba ambil beberapa zat tambahan dari makanan di bawah ini untuk meningkatkan daya tahan imunisasi anda untuk melawan penyakit.

Ia telah terbukti jika kita mengambil sebarang nutrisi tambahan yang benar-benar akan memeranjatkan anda, ia boleh membantu anda untuk meningkatkan perlindungan imunisasi badan secara berkesan.
Anda boleh memastikan diri anda mendapat nitrisi yang secukupnya dengan pengambilan makanan secara sistematik iaitu dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum beberapa gelas air dan jus.


Berikut adalah beberapa bahan-bahan yang boleh membantu anda meningkatkan lagi sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit.

yogurt

1. Yogurt

Kultur hidup yang dijumpai di dalam setiap botol yogurt adalah merupakan bakteria baik yang membantu perut anda bebas daripada kuman pembawa penyakit. Kajian daripada Universiti di Vienna menunjukkan jika kita pengambila harian 7 auns yogurt adalah berkesan sama seperti pengambilan pil tambahan.
oat dan barli

2. Oat Dan Barli

Bijian ini mempunyai beta-glucan iaitu sejenis fiber yang padat dengan kebolehan anti-oksida dan antimicrobial yang lebih kuat berbanding dengan echinacea, menurut kajian dari Universiti di Norway.
Jika bahan ini diambil oleh badan manusia, ia akan membantu meningkatkan imunisasi badan, mempercepat penyembuhan luka dan membantu antibiotik untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
bawang putih

3. Bawang Putih

Kumpulan bawang yang kuat ini mengandungi bahan aktif allicin yang boleh membantu melawan jangkitan dan bakteria. Kajian menunjukkan penggunaan bawang putih boleh membantu mengurangkan risiko mereka mendapat jangkitan selesema.
ubi keledek

4. Keledek

Anda tentu tidak terfikir bahawa kulit juga merupakan sebahagian daripada sistem daya tahan badan. Namun hakikatnya inilah organ yang paling utama dalam usaha melindungi anda daripada sebarang bakteria, virus dan beda asing yang lain. Kulit memerlukan vitamin A untuk kekal tegang dan sihat.
Cara terbaik untuk anda mendapatkan vitamin A untuk kulit anda adalah melalui makanan yang kaya dengan beta-karotena seperti keledek, dan tubuh anda akan menukarkannya kepada vitamin A untuk diserap dengan sebaiknya oleh kulit.
cendawan

5. Cendawan

Sedah berabad lamanya, mereka yang ingin mendapatkan kesihatan yang optimum untuk sistem imunisasi mereka telah pun mengambil cendawan sebagai salah satu bahan utama dalam diet mereka.
Kajian telah menunjukkan cendawan membantu dalam meningkatkan penghasilan dan aktiviti sel darah putih dan menjadikan mereka lebih agresif dalam melawan sebarang jangkitan.





loading...

0 Response to "5 Makanan Yang Membantu Menggalakkan Sistem Imunisasi Badan"

Post a Comment