'Kami Dah Rasa, Hidup Lebih Seronok Dengan Anak-Anak Tanpa TV'



Masa zaman sekolah dulu,cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan "idiot box" untuk TV. Baru sekarang nak cari kenapa TV ni dipanggil idiot box.

Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu. 

Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama2 menonton drama/filem. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak tiba pula slot drama sampai maghrib.

Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Bila anak-anak dah semakin membesar. Saya dan suami mula fikir nak cuba hidup tanpa TV. Hasilnya?

1. Anak-anak kurang tantrum. 
2. Anak- anak senang dengar arahan.
3. Fokus bertambah sebab tiada gangguan.
4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat bila mama minta bantu di dapur.
5. Senang mendengar nasihat.
6. Hidup lebih gembira rupanya.

Kesan baik untuk saya dan suami:

1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV.
2. Kurang marah (saya) sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.
3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.
4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.
5. Senang nak solat di awal waktu. 
6. Banyak masa untuk borak2 dengan suami dan anak2.

Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah. 

Kepada kawan- kawan, cubalah 'buang' TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.

Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan. 

Nota: Dulu- dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin.Sekarang pelakon pun tak kenal.

0 Response to "'Kami Dah Rasa, Hidup Lebih Seronok Dengan Anak-Anak Tanpa TV'"

Post a Comment