Bekas Abang Ipar Beri Kenyataan, Awie Beri Rezeki Dari Sumber Tak Elok

loading...

Dalam satu kenyataan yang dipetik daripada Kosmo! Online, bekas abang ipar kepada penyanyi rock kumpulan Wings, Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa penyanyi itu ada mengusahakan perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak.



Menurut bekas abang iparnya iaitu Othman Misbun yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berkata, dia pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira 4 tahun lalu.


“Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut”

“Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya,” katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) kekal di sini semalam. (rtky/s)
loading...

0 Response to "Bekas Abang Ipar Beri Kenyataan, Awie Beri Rezeki Dari Sumber Tak Elok"

Post a Comment