Perhatian!! Pemilik Yamaha R25 boleh tarik nafas lega

loading...



Berita baik untuk para pemilik Yamaha R25!

Turutan kepada pemberitahuan awal yang telah kami paparkan dulu (klik sini untuk membaca semula), pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. Akan menjalankan program penggantian untuk siri Yamaha YZF-R25. Aktiviti ini akan dijalankan mengikut kawasan secara berperingkat.

Sila ambil perhatian bahawa unit yang terlibat adalah dinyatakan di bawah.

Model Nombor kerangka Komponen
YZF-R25 Semua unit dengan kerangka bermula nombor:
PMYRG1510E-000xxxx

PMYRG1510F-000xxxx

Unit Plat Tekanan (Pressure Plate Assy)


Unit pengepam minyak (Oil Pump Assy)

Unit dengan nombor berikut:
PMYRG1510G-0004321 to

PMYRG1510G-0006357

Hong Leong Yamaha Motor akan menghantar notis individu kepada pemilik unit-unit yang terlibat bermula awal bulan Ogos 2016 dan seterusnya. Apabila menerima notis itu, sila hubungi lokasi pembaikan bertauliah mereka untuk membuat temujanji bagi penggantian bahagian yang terjejas.

Hong Leong Yamaha Motor juga turut menyediakan email khusus di  r25hotlinemalaysia@yamaha-motor.com.my dan juga hubungan WhatsApp di nombor + 6017-357 9965 untuk melayani pertanyaan anda, sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut.

Notis rasmi pihak Hong Leong Yamaha Motor boleh dibaca di sini .
loading...

0 Response to "Perhatian!! Pemilik Yamaha R25 boleh tarik nafas lega"

Post a Comment