Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah rebah sewaktu mesyuarat, kini di ICU

loading...

Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah rebah sewaktu mesyuarat, kini di ICU
Ahmad Bashah dihantar ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) sekitar 7.30 malam.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan rebah ketika menghadiri satu mesyuarat awal malam ini.

Menurut laporan The Star Online, Ahmad Bashah sedang menghadiri mesyuarat pada pukul 7 malam bersama anggota UMNO yang akan dihantar membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Menurut laporan itu lagi, Ahmad Bashah dihantar ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) sekitar 7.30 malam dan ketika ini sedang menjalani rawatan di Unit Kawalan Rapi ( ICU), kata seorang sumber seperti yang dipetik portal berkenaan.
loading...

0 Response to "Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah rebah sewaktu mesyuarat, kini di ICU"

Post a Comment