6 Makanan Terbaik Diambil Ibu Menyusu Ketika Bersahur


Lagi 1 hari nak bertemu bulan yang paling ditunggu-tunggu.

Berdebar pulak rasa. Eksaited pun ada, rasa macam first time pulak nak puasa!



Tahun 2013 : Berpuasa dan menyusu, anak sulung baru lepas pantang masa tu.

Tahun 2014 : Berpuasa dan menyusu, anak sulung dah setahun lebih kurang

Tahun 2015 : Pregnant. Berpuasa dapat setengah Ramadhan je, sebab baby lahir dan dalam berpantang (nifas)

Tahun 2016 : Berpuasa dan menyusukan anak. Anak kedua dah masuk 11 bulan.



Teringat pengalaman pertama puasa dengan anak, sambil menyusukan. Masa tu memang takut macam-macam ada. Susu tak cukupla, melepekla, tak larat la semua ada. Rasa tak boleh memanjang. Tapi bila dah cuba hari pertama, Alhamdulillah! Badan ok, susu pun maintain je.

Tahun kedua, mencabar sikit sebab anak dah besar sikit masa ni. Kerja mengajar pulak tu. Double triple rasa letih namun syukur sangat sebab stok susu tetap dapat supply macam biasa dan takdela melepek mana.

Tahun ni nak gali ilmu habis-habis sebelum puasa, supaya dapat berpuasa penuh tahun ni dan lepas tu boleh sambung terus puasa 6 ke ganti puasa lepas-lepas ke… erk. 😛

Bila berpuasa, makanan yang banyak pengaruhi tubuh badan kita ni, especially makanan yang kita ambil ketika bersahur. Ada makanan yang elok sangat diambil semasa sahur oleh ibu menyusu supaya ibu menyusu tak haus melampau, tak melepek sakan, dan susu badan pun inshaAllah maintain je.

6 Makanan Terbaik DiAmbil Ibu Menyusu Ketika Bersahur

1# Kurma

Kurma ni, tak kira bulan puasa ke, bulan tak puasa ke.. memang bagus diamalkan ibu hamil dan ibu menyusu. Sebab kurma ni memang dapat berikan tenaga buat ibu-ibu. Bagus amalkan, makanan sunnah kesukaan Baginda SAW =)

2# Buah-buahan

Pernah saya terbaca, nak hasilkan sebiji epal tu perlukan 70 liter air! Banyakkan? Bayangkan kita ambil sebiji epal dan macam kita minum 70 liter air masa sahur. Fuh. Jadi banyakkan makan buah-buahan masa sahur untuk tambahkan kuantiti cecair dalam badan kita dan menambahkan vitamin.

3# Smoothie / Jus Hijau


ibu menyusu dan puasa



Yang ni pernah try tapi bukan ambil masa sahur.. lepas ni kita try na!

Makanan hijau bantu tingkatkan kandungan lemak dalam susu badan. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kailan, wheat grass dan lain-lain boleh dibuat jus atau smoothie. Blendkan semua, nak sedap sikit mix buah kiwi atau avocado.. memang yummy!

4# Telur Rebus

Merupakan sumber protein dan asid lemak omega-3. Penting dalam diet ibu untuk hasilkan susu yang berkualiti. Kalau rasa boring sangat makan sebiji macam tu, boleh la buat salad telur (uish sedapnya!) atau kari telur. Boleh cicah dengan roti atau nasi juga. Ataupun boleh buat sandwich telur. Alah banyak resepi ado kheennn. 😀

5# Oat

oat ibu menyusu


Oat memang makanan yang terkenal dalam kalangan ibu menyusu di AS sebagai makanan penambah susu badan. Boleh cuba buat OVERNIGHT OAT – oat direndam dalam susu / cecair pada waktu malam dan disimpan dalam peti sejuk semalaman dan dimakan pada esoknya. Lagi sedap ditambah kekacang atau buah-buahan segar. Atau boleh buat granola bar.

Saya suggestkan ibu-ibu guna rolled oat organic tu, bukan instant oat tau. Rolled oat lebih sihat 🙂

6# Badam

Kekacang memang makanan sahur terbaik sebab tak perlu persediaan. Tinggal kunyah saja. Selain badam, kacang macadamia dan gajus pun bagus juga.

Elakkan :

makanan berminyak
makanan bergoreng
makanan pedas
sebab makanan diatas akan buatkan kita cepat dahaga. Risau nanti kita mudah terhidrasi pula. Jadi sebaiknya menu sahur ni buatlah sup, rebus, bakar ..minimumkan guna minyak, jimat duit, badanpun sihat 🙂 Jangan lupa amalkan tip untuk elak susu drop di bulan puasa, dan ketahui rahsia macam mana nak maintainkan susu walaupun dibulan puasa.

Selamat berpuasa!

0 Response to "6 Makanan Terbaik Diambil Ibu Menyusu Ketika Bersahur"

Post a Comment