Video!! Anggota Polis Di Dakwa Memukul Isteri Baru Bersalin Di Depan Balai



Seorang anggota polis didakwa memukul seorang wanita dipercayai isterinya yang masih dalam pantang.

Menerusi video yang tersebar, kejadian dikatakan berlaku di Balai Polis Felda Redong dekat Segamat, Johor.

Seorang wanita bernama Eyka Zulaikha yang melihat kejadian itu telah merakam video dan kemudian memuat naik rakaman tersebut di Facebook.

Video itu dimuat naik dengan kapsyen berbunyi; “Tindakan seorang anggota polis Redong yang kurang ajar sanggup bersikap kasar terhadap isteri yang dalam pantang!!! tolong viralkan supaya di ambil tindakan dengan segera!!!,” tulisnya lapor FMT.

Berdasarkan visual berkenaan, dilihat seorang wanita berjalan terbongkok-bongkok sambil menggendong seorang kanak-kanak dan dipimpin oleh ibunya.



Seorang lelaki yang dipercayai anggota polis di balai berkenaan telah keluar lalu menampar wanita berkenaan.



0 Response to "Video!! Anggota Polis Di Dakwa Memukul Isteri Baru Bersalin Di Depan Balai"

Post a Comment