Setelah Setahun Dilaksanakan Adakah Terbukti : GST boleh turunkan harga barang - Ahmad Maslan

loading...

Ahmad Maslan dalam satu kenyataan ringkas di Twitternya memberi jaminan bahawa GST boleh menurunkan harga barang.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Dalam kenyataan ringkas menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau memaklumkan bahawa harga bagi sesetengah barangan mampu diturunkan kerana sebelum ini ianya dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berjumlah 10 peratus, tetapi hanya dikenakan GST sebanyak enam peratus.

Selain itu, katanya barangan yang dalam stok pada 1 April 2015 yang telah dikenakan SST pada kadar lima peratus dan 10 peratus boleh dibuat tuntutan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKBM) dalam masa enam bulan serta dibayar secara berperingkat.

Tambah Ahmad lagi, pembekal dan peniaga juga boleh memilih untuk menurunkan harga barangan jualan mereka kerana mereka boleh menuntut cukai input sebanyak enam peratus.



 GST terutama pada hari pelaksanaannya telah menimbulkan keresahan orang ramai kerana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap cukai tersebut untuk menaikkan harga barang.

Semalam, Ahmad menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi negara untuk menjalankan satu kajiselidik di kalangan pengguna tentang kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST bermula 1 April.

Dalam akaun twitternya Ahmad berkata, sewajarnya syarikat telekomunikasi menjalankan kajiselidik untuk mendapatkan pandangan pengguna sama ada mereka memilih penurunan harga atau peningkatan waktu ‘airtime’.

Bagaimanapun, Bernama pada Jumaat melaporkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut akan tetap mengenakan caj enam peratus GST pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian CBP, JKDM, Datuk  T.Subromaniam berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, JKDM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.
loading...

1 Response to "Setelah Setahun Dilaksanakan Adakah Terbukti : GST boleh turunkan harga barang - Ahmad Maslan"

  1. malas nk komen benda2 mcm nie.makin d komen makin menyakitkn hati.biar d akhirat nnt kita tau jwpn nya.........

    ReplyDelete