Pejabat Najib : Kalau Nak Tukar Kerajaan Tunggu Pilihanraya

loading...
Kerajaan hari ini membidas gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang menuntut penyingkiran segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri mendakwa mereka yang menandatangani deklarasi itu sebagai "oportunis" dan "terdesak".


"Hari ini, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) dan bekas seterunya mempamerkan politik oportunis dan terdesak mereka," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh utama NGO menandatangani perisytiharan itu.

"Terdapat satu mekanisme sedia ada untuk menukar kerajaan dan perdana menteri. Ini dinamakan pilihan raya umum.Dan ia adalah hanya satu-satunya mekanisme yang sah, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat," kata kenyataan itu.



Penyingkiran Najib sebagai perdana menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan adalah antara tuntutan yang disenaraikan dalam deklarasi 37 perenggan itu.

"Pada tahun 2013, rakyat Malaysia meluahkan kehendak mereka dan memilih kerajaan hari ini yang diterajui oleh Najib.

“Jika Mahathir mahu mengubah kerajaan, beliau mesti mengikut proses demokrasi dan menunggu pilihan raya akan datang, selaras dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan," kata jurucakap itu.

Selain menuntut penyingkiran Najib, deklarasi rakyat hari ini juga menuntut penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya, pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang melanggar hak asasi dan melemahkan polisi terpilih serta pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.
loading...

0 Response to "Pejabat Najib : Kalau Nak Tukar Kerajaan Tunggu Pilihanraya"

Post a Comment