loading...
8 Apr - Pesawat Malaysia Airlines dengan kod penerbangan MH2718 terbabas ketika mendarat di lapangan terbang Sibu dalam kejadian pada 10:17 malam tadi.
Foto kejadian dimuat naik oleh salah seorang penumpang, Muhd Badrul Aman di Facebook yang mengucapkan syukur kerana semua selamat dalam kejadian terbabit.
Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Pesawat Malaysia Airlines dengan penerbangan MH2718 pada 8 April 2017 dari Kuala Lumpur terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 10:17 malam ketika hujan lebat.
"Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam krew.
"Kesemua penumpang dan krew di atas pesawat selamat dan dikeluarkan melalui dua gelongsor angin. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Tambah MAS lagi, mereka telah melancarkan siasatan untuk mengesan punca insiden.
loading...
0 Response to "Terkini: Pesawat MAS Terbabas Ketika Mendarat di Lapangan Sibu"
Post a Comment