Penjelasan Dr. Mahyuddin mengenai 7 MITOS Minum Air Sambil Berdiri.

loading...
7 MITOS MINUM SAMBIL BERDIRI
********************************

7 akibat ni adalah MITOS yg TIDAK akan terjadi walaupun anda minum berdiri sepanjang hari dan berhari-hari. Manusia mana la yg cerdik sgt buat list ni.

1. Buah pinggang rosak
Minum berdiri tak kena mengena dengan fungsi buah pinggang anda. Minum duduk, baring, meniarap, mengiring atau merangkak pun buah pinggang tak rosak jugak.
Kalau anda kurang minum air, jus atau makan makanan kesihatan yang entah apa-apa di pasaran sekarang tu yang berisiko akan rosakkan buah pinggang anda.

2. Mengalami rosak sendi
Minum air berdiri tiada kena mengena dengan sendi rosak. Entah macam mana kaitannya. Melainkan anda minum berdiri sambil melompat tanpa henti selama bertahun-tahun. Majoriti pesakit saya yang sakit sendi disebabkan wear and tear dan proses penuaan pun secara puratanya berlaku selepas usia 50 tahun.

3. Merosakkan sistem penghadaman
Proses penghadaman akan berjalan samada anda minum berdiri atau tidak. Lagipun air tak perlu dihadam, ia diserap.

4. Kembung perut
Kembung perut atau bloatedness disebabkan udara yang masuk ke dalam perut ketika makan dan minum. Berdiri ke tidak, tiada bezanya.

5. Haus tidak akan hilang
Ini paling pelik. Kalau anda minum air, insyaAllah haus akan hilang. Rasa haus tu diberitahu oleh otak kita (thirst centre) dan ia ditentukan mengikut kandungan air dalam badan kita (hydration). Cara anda minum tak menentukan haus atau tidak. Yang menentukan ialah kandungan air yang diminum.

6. Tidak dapat mencairkan kandungan asid dalam tubuh
Asid dalam tubuh? Nak cairkan asid? Pelik betul bunyinya. Dah tu, kalau duduk, asid jadi cair? Kalau duduk, pastu bangun, pastu duduk balik? Apa jadi pada asid?Kecairan asid atau pH asid bukan ditentukan dengan cara anda minum.

7. Ulser dan pedih ulu hati
Minum berdiri tidak menyebabkan ulser atau pedih ulu hati. Pedih ulu hati atau gastritis terjadi antaranya jika ada bakteria H. Pylori atau ada ulser atau jika anda makan ubat tradisional yang ada kandungan steroid yang tinggi. Sesetengah ubat tahan sakit juga boleh menyebabkan ulser jika diambil berlebihan. Minum berdiri macamana pun tak akan menyebabkan ulser.

Mengarut betul la tukang reka "akibat" ni. Tolong la jangan reka kenyataan-kenyataan macam ni walau atas apa sebab sekalipun. Masalah utama kita ni sebab ramai yang share dan Retweet info ni tanpa usul periksa terlebih dahulu. Jika tak tahu, tolong lah tanya. Kami di MedTweetMY dan Medical Mythbusters Malaysia akan jelaskan pada anda. Mungkin niat murni anda ialah hendak berkongsi ilmu, tapi natijahnya, anda telah menyebarkan MITOS dan info yang tidak tepat.

#DrMahyuddin
#MedTweetMY
#MedicalMythbustersMalaysia
loading...

0 Response to "Penjelasan Dr. Mahyuddin mengenai 7 MITOS Minum Air Sambil Berdiri. "

Post a Comment