loading...
Dalam entri berkenaan Panadol/Paracetamol sebelum ini, aku ada memberitahu tentang keupayaan “ubat mudah dapat” ini untuk mendatangkan penyakit berupa Kanser darah sekiranya diambil secara berterusan untuk jangka masa panjang. Ini bukanlah canang kosong memandangkan ia adalah berdasarkan kajian awal (terkini) yang dijalankan di Universiti of Washington. Sehubungan itu, terdapat berbagai respon dan komen berkenaan isu terbaru itu, dan aku bercadang untuk mengupasnya satu persatu.
Aku yakin ada di kalangan kalian yang pernah terbaca ‘artikel’ ini, atau mungkin pernah salin dan lekat pada blog masing-masing atau di Facebook dengan tujuan untuk menyebarkannya:
Fwd: Pls dun take Panadol anymore!!!!!!!
DON’T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE (ESP.PPL HAVE GASTRIC).
FYI… One real story from a guy…
My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctor quite well.
The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.
This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She’s now in her early 30’s, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.
As said by the doctor that whenever we have a headache, that’s because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).
Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.
As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).
We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??
Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.
Persoalan yang mungkin timbul di sini ialah, apakah penulisan di atas sahih? Pertama sekali aku membaca penulisan itu, apa yang bermain di minda aku ialah, terdapatnya unsur-unsur menjatuhkan produk Panadol di situ. Malah, terdapat juga percubaan untuk mejadikan penulisan tersebut sebagai “surat berantai”, mereka yang membacanya pasti kagum lalu berhasrat untuk salin dan lekat dalam email atau blog atau Facebook lalu disebarkan pada rakan-rakan yang lain. Walau apa pun, setelah melakukan sedikit pencarian dan bacaan, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan penulisan tersebut. Teruskan membaca dan aku akan memberitahu jawapannya satu persatu. Sebelum itu, adalah lebih elok sekiranya kita belajar beberapa perkara asas berkenaan Paracetamol terlebih dahulu.
Tujuan mengambil Paracetamol?
Digunakan untuk melegakan (bukan merawat) kesakitan atau penyakit-penyakit ringan seperti sakit kepala, demam atau sakit ketika haid, dan ianya bersifat untuk jangka masa pendek sahaja. Kenapa istilah melega digunakan, dan bukannya merawat? Jawapannya ada dalam perbincangan yang berikut.
Bagaimana Paracetamol bekerja?
Disamping tindakan yang khusus dalam membantu mengurangkan demam, Ia mengurangkan bahan kimia yang menyebabkan otak mentafsir keradangan. Rasa sakit diubah (tindakannya pada reseptor prostaglandin di bahagian otak) yang menyebabkan anda menjadi kurang peka terhadap kesakitan. Perlukan penjelasan lanjut?
Rajah di atas menunjukkan secara asas bagaimana Paracetamol/Panadol bekerja. Garisan merah mewakili rasa sakit yang anda alami, manakala garisan biru putus-putus mewakili “Penanda aras rasa sakit” yang dibaca otak. Selagi garisan merah tidak melepasi garisan biru putus-putus ini, otak anda akan mentafsirkan yang anda tidak sakit. Dalam situasi normal, garisan merah ini berada di bawah “Penanda aras rasa sakit”. Walaubagaimanapun, ada satu ketika garisan merah ini akan melepasi “Penanda aras rasa sakit” ini, terutamanya apabila anda pening kepala, senggugut (ketika haid) dan sebagainya. Panadol bertindak dengan meningkatkan sedikit “Penanda aras rasa sakit” untuk sementara waktu, maka dengan itu otak akan mentafsirkan yang ‘anda tidak sakit’, sedangkan sakit itu masih ada di situ dan akan reda dengan sendirinya selepas beberapa ketika (dibantu oleh sistem pertahanan badan).
Cara bekerja ini berbeza dengan cara bekerja aspirin atau ibuprofen, yang mana aspirin atau ibuprofen akan bertindak terus kepada rasa sakit dengan menurunkan terus garisan merah supaya tidak mencecah “Penanda aras rasa sakit”. Tidak keterlaluan untuk berkata bahawasanya Paracetamol ‘menipu’ otak anda seketika, mengurangkan rasa sakit, sehinggalah sakit itu pergi atas faktor lain (sistem imun badan).
Apakah dos pengambilan selamat yang terkini?
Aku tak pasti sama ada syarikat seperti Panadol atau Uphamol di negara ini sudah mengemas kini ruangan ‘recommended dose‘ produk mereka atau mengurangkan kandungan paracetamol daripada 500mg untuk satu tablet kepada 325mg untuk satu tablet. Ini kerana pada tahun 2009, US Food and drug Administration (FDA) sudah mengeluarkan dos yang baru untuk semua pengeluar Paracetamol di Amerika Syarikat. Jika dos yang dibenarkan untuk orang dewasa sebelum ini adalah 1000mg (2 tablet paracetamol, satu tablet mengandungi 500mg), walaubagaimanapun pada June 2009, FDA telah mengurangkannya kepada 650mg untuk sekali makan. Ini berikutan terlalu banyak kes di sana berkenaan kegagalan hati (Hepatotoxicity) akibat terlalu ketagih dan kerap mengambil Paracetamol. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
Nampak gayanya, Panadol ActiFast masih mengekalkan lagi 500mg paracetamol per tablet.
Apa akan terjadi jika diambil melebih daripada dos sepatutnya?
Kegagalan hati (hepatotoxicity) yang boleh membawa maut. Ini bukan perkara main-main kerana pada awal tahun ini di negara kita sahaja sudah dikejutkan dengan kematian seorang pelajar perempuan di utara tanah air yang overdose Panadol. Buat mereka yang mengambil minuman beralkohol secara kerap atau mengidap penyakit berkaitan dengan hati, hanya dengan 2 tablet sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membunuh anda serta merta.
Menurut laporan daripada “The Medical Journal of Australia“, mereka yang tidak cukup makan (ambil panadol dengan perut kosong), minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil peskripsi ubat tertentu adalah cenderung untuk menerima kesan toksik daripada Paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik yang sama.
Selain itu, kajian awal juga telah menunjukkan mengambil Paracetamol sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun berisiko untuk membawa beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel.
Setelah mengetahui beberapa fakta berkenaan Paracetamol, apa kata kita mengkaji sedikit “surat berantai” yang kita baca di awal entri tadi. Adakah ianya sahih? Mari kita kaji semula setiap ayat dalam “surat berantai” tersebut yang telah aku bold kan dengan warna merah.
“they are not willing to take PANADOL“
Bagi sesetengah doktor, paracetomal adalah bersifat “syubhah”. Mereka mungkin tidak mengambil paracetamol disebabkan hendak berjaga-jaga, memandangkan kajian kesan sampingan paracetamol ini masih lagi diteruskan tanpa henti sehingga kini. Walaubagaimanapun, adalah sesuatu yang kurang enak untuk didengar apabila doktor yang tidak mengambil paracetamol disebabkan was-was akan kesan sampingan yang ada, tetapi masih memberikan paracetamol kepada mereka (pesakit) yang demam. Terdapat sikap kurang professional di situ. Doktor yang bertanggungjawab akan lebih peka dan berhati-hati dalam memberikan paracetamol, tanya dahulu si pesakit, adakah beliau selalu ambil paracetamol sebelum ini dan berapa pula kadar kekerapannya. Jika, ya (ambil secara kerap, 4 kali seminggu atau lebih untuk beberapa tahun), elakkan daripada memberi paracetamol kerana itu hanya mendatangkan risiko seperti yang dinyatakan. Beri nasihat juga akan bahaya paracetamol untuk jangka masa panjang.
“Panadol will reside in the body for at least 5 years“
Ini merupakan satu lagi kenyataan yang palsu. Jangka hayat (half-life) paracetamol dalam badan manusia yang sihat (tidak mempunyai masalah hati, ginjal) adalah sekitar 1 hingga 4 jam sahaja. Selepas tempoh 4 jam, paracetamol akan di ‘metabolize’ kan sepenuhnya oleh hati, dan dikeluarkan dari badan menerusi air kencing. Itu sebabnya, jika anda perasan, pada belakang pek produk paracetamol akan tertulis dos yang dibenarkan untuk mengambil paracetamol adalah 2 tablet untuk setiap 4 jam sekali. Lebih daripada itu, hati akan terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk memetabolizekan jumlah paracetamol yang ada sehinggalah pada satu tahap, paracetamol yang berlebihan akan menjadi toksik dan hati pun dah tak larat untuk berkerja sekaligus akan menjahanamkan hati, ini boleh membawa maut!
“Please send this to people you care about”
Adakah ini sekadar “surat berantai”? Bunyinya seperti “YA”.
Kesimpulannya?
Kebanyakkan ahli farmasi dan para doktor masih merumuskan Paracetamol adalah selamat untuk di ambil dalam dos yang betul, dan dalam tempoh tertentu sahaja. Jangan jadikan Paracetamol/Panadol sebagai gula-gula yang boleh dikulum dan ditelan setiap hari, meskipun penjualannya di Malaysia adalah sedikit longgar, tidak bermaksud cara pengambilannya juga adalah longgar. Mengambil Paracetamol/Panadol dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan adalah satu perkara yang AMAT SERIUS! Maut jawabnya, maut!
Sekiranya anda rasa sakit yang dialami itu masih belum lega meskipun sudah mengambil Paracetamol dalam cara yang ditetapkan, jangalah memandai-mandai menambah dos sesuka hati mengikut citarasa anda, sebaliknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat daripada mereka. Ingatlah, Panadol dicipta bukan untuk merawat, tetapi untuk melegakan.
loading...
0 Response to "Panadol: Bom Jangka Panjang Terhadap Badan Anda, Beberapa perkara yang perlu anda tahu.."
Post a Comment