loading...
Oleh : Mohamad Feroz Zaini
Gangster bertakbir!
"Demi ALLAH memang kami nak rompak!" kata pemuda itu.
Bukan pilihan saya untuk pulang ke rumah lewat malam. Seboleh-bolehnya, semua urusan akan dihabiskan sebelum Maghrib.
Tetapi sesekali, saya terpaksa juga pulang lewat malam. Cuma, kalau ada pertemuan dengan sahabat tidak jauh dari rumah, barulah saya pulang ke rumah agak lewat.
Sebabnya mudah, saya kurang sihat dan saya pula jenis PENAKUT! Tetapi, takdir ALLAH. Ada ketikanya saya tak boleh elak. Sewaktu pulang dari rumah seorang pelanggan. Waktu telah hampir pukul 12 tengah malam. Kebetulan malam Jumaat.
Sepanjang melalui lebuh raya, angin bertiup agak kuat. Disertai rintik-rintik hujan. Doa saya waktu itu hanya satu - tayar motor jangan pancit. Saya beristighfar tanpa henti. Itu sahaja zikir penguat semangat dan penyerahan diri kepada tuhan - ALLAH Rabbul Jalil - Penguasa dan Maha Raja Alam Semesta.
Tik. Tik. Tik. Titisan hujan semakin membesar. Beberapa kali motor yang saya tunggang bergoyang dek berlawan dengan tolakan angin yang kuat. Dalam cahaya suram lebuh raya, saya ternampak kelibat dua orang sedang berdiri di tepi jalan. Manakala sebuah kereta diletakkan di tepi besi pembahagi jalan.
Semakin hampir, saya melihat kedua-dua lelaki seperti menahan saya. Hati saya berbelah bahagi. Nak berhenti, tak berhenti. Nak berhenti, tak berhenti. Saya terus memulas minyak. Sebaik melintas mereka. Saya terdengar jeritan kalimah . "ALLAHU AKBAR!" Serentak itu juga kaki saya menekan brek kaki dan tangan serentak. Saya berkalih, memandang ke belakang.
Dalam samar saya melihat mereka datang dengan kedua-duanya mengangkat kedua-dua belah tangan. Sungguh mendebarkan waktu itu. Saya tidak kisah kalau mereka hendak merompak kerana hanya ada RM60 dalam poket. Yang saya bimbang nyawa saya. Tetapi kalau mereka rampas motor saya juga musibah besar. Itulah sahaja kenderaan untuk saya mencari rezeki.
"Sorry bro, kita mau minta tolong..." kata salah seorang dari mereka. Seorang lelaki Cina dan seorang lagi lelaki Melayu. Rupa-rupanya kereta mereka rosak. Lebih tragis, telefon bimbit mereka kehabisan bateri.
Saya mendengar rintihan mereka yang sudah buntu dan tidak keruan. "Ok bro, ini macam, apa kata salah seorang ikut saya pergi Klang, lagi pun ...hujan sudah semakin lebat" itulah solusi mudah yang saya berikan.
Apatah lagi kedua-duanya tiada pilihan lain. Lagipun, hujan telah mula lebat. Tidak bercakap banyak, lelaki Cina itu melompat naik motor dan saya terus merempit. Sebaik tiba di bandar Klang, tidak ada satu pun kedai yang dibuka. Maklumlah, sudah tengah malam. Kami mencari bengkel kereta serata bandar Klang dalam hujan lebat.
Tiba di satu bengkel. Saya mendapat idea. "Kawan, you tengok itu punya hp number, you try call" Tidak berlengah, lelaki Cina itu terus mengambil telefon bimbit saya dan menghubungi nombor yang tertera pada bengkel itu.
Agak lama kami disitu. Akhirnya panggilan berjawab dan lelaki Cina itu berbincang. Saya tidak tahu apa yang dibincangkan, kerana mereka bercakap dalam bahasa Mandarin.
Seketika, lelaki Cina itu meminta saya menghantarnya ke hentian teksi. Tetapi saya merasa biarlah saya tolong sampai selesai. "Begini kawan, you mau naik teksi? tapi you tengok you punya baju, seluar, semua basah! ini macam, biar saya hantar you balik tempat tadi ... " Dia termangu seketika. Memandang tajam ke arah saya. "Naik!" itu sahaja perintah saya kepadanya.
Sekali lagi lelaki Cina itu tidak ada cara lain. Sepanjang perjalanan, lelaki Cina itu terus berhubung dengan pekerja bengkel menggunakan telefon bimbit saya. Tidak lama, kami sampai ke tempat kereta mereka yang tersadai rosak. Dan saya pun tidak menunggu lama.
Kerana sebaik sebuah kereta on tow tiba, saya terus menghidupkan enjin motor untuk pulang. "Bang, minta maaf ya, sebenarnya kami telah merancang untuk merompak penunggang motor yang lalu ikut jalan ini. Tapi, malangnya kereta kami pula rosak." lelaki Melayu itu berterus-terang. Saya terlopong.
"Tapi ..." kali ini lelaki Cina itu pula tersekat dari hendak meneruskan percakapannya. Dia pandang wajah saya, sambil tangannya memaut bahu saya. Terasa gerun pula di hati ini.
"Abang, sewaktu abang sampai, dari jauh lagi kami nampak seperti lembaga besar warna putih ... kami sudah tak keruan, kami dah gelabah ... rupa-rupanya ALLAH masih bagi kami bantuan walaupun kami nak buat kerja jahat."
Kali ini saya terasa sayu apabila lelaki Melayu itu berterus-terang dan nadanya juga sebak. "ALLAH, ALLAH, YA ALLAH ..." akhirnya lelaki Melayu itu menyebut kalimah Maha Suci itu sambil menekup mukanya. "Alhamdulillah, ALLAH adalah tuhan kita, DIA sentiasa menunggu taubat dari kita." pesan saya kepada mereka.
Sebelum pergi, lelaki Cina itu menghulurkan sejumlah wang kepada saya, tetapi saya menasihatkan supaya sedekahkan sahaja wang itu ke masjid.
Abang Long.
Waktu sekolah menengah, saya kawan dengan gangster.
Gangster bertakbir!
"Demi ALLAH memang kami nak rompak!" kata pemuda itu.
Status - Mohamad Feroz |

0 Response to "'Rancangan Merompak Gagal Apabila Kereta Rosak, 2 Perompak Insaf Selepas Dibantu Oleh Penungang Motor.'"
Post a Comment