Takut Isteri Marah Kerana Habiskan RM500 Bersama Pelacur, Warga Emas Buat Laporan Polis Palsu

loading...

Miss Nora yang menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan Facebook ditahan Sabtu lalu. FOTO ihsan JAIM

Lelaki warga emas disiasat polis kerana mengadakan seks dengan seorang wanita yang ditemuinya di stesen bas Bahau, Negeri Sembilan. – Foto hiasan Harian Metro

BAHAU, 5 Dis ― Teringin sangat mengadakan seks dengan wanita muda tetapi takut isteri berang, seorang lelaki 70 tahun sanggup membuat aduan palsu kepada polis.

Wanita 20-an itu meminta RM100 sahaja tetapi warga emas itu menghabiskan sehingga RM500, termasuk menyewa hotel di sini pada 24 November lalu, lapor portal Sinar Harian.

“Perempuan tersebut mengenakan upah sebanyak RM100, dan warga emas ini kemudiannya terus membayar duit tanpa mengira terlebih dahulu wang tersebut,” kata ketua polis Jempol.

Supt Noorzainy Mohd Noor juga berkata namun lelaki itu kemudian membuat aduan polis kononnya disamun kerana bimbang dimarahi isterinya.


Sewaktu diminta mengadakan kawad cam semalam bagi mengesan suspek yang melakukan samun, lelaki itu tiba-tiba mengaku aduannya hanya rekaan.

“Dia telah merancang untuk membuat laporan polis kerana telah menghabiskan duit RM500 tanpa pengetahuan isteri dan takut isterinya marah,” kata Noorzainy lagi.

Kes itu kini disiasat bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
loading...

0 Response to "Takut Isteri Marah Kerana Habiskan RM500 Bersama Pelacur, Warga Emas Buat Laporan Polis Palsu"

Post a Comment