Tipu PHD : Isunya Lebih Besar Dari Membuat Amal Kebajikan

loading...




Saya pernah dimaklumkan oleh adik saya yang berkerja di Bank Negara, bahawa di sana jika ada staff tertangkap buat surat doktor palsu untuk mohon MC, maka tindakan tatatertib yang akan dikenakan adalah buang kerja serta merta.
.
Ya, BUANG KERJA. Tiada kompromi, tiada simpati, tiada toleransi.
.
Saya tanya seperti orang bodoh, kenapa zalim sangat macam tu? Adik saya jawab, kerana main integrity yang sangat dijaga di sana adalah amanah.
.
Jika dalam bab surat MC tu pun staff tu menipu, macam mana nak diharapkan dia untuk jaga integriti dalam urusan kerja Bank Negara yang memegang polisi kewangan negara.
.
Jadi, amanah dalam tindakan adalah satu nilai yang sangat besar untuk mereka jaga. Andai ini dikhianati atau dilanggar, bermakna dia sudah melanggar etika terbesar yang dititikberatkan oleh Bank Negara.
.
Maka, dia sudah tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam Bank Negara. Tegas dan tiada kompromi!
...................................
Setiap bidang kerja ada main core value yang wajib ada dalam diri setiap pemainnya.
.
Seperti travel, main core value yang saya terapkan kepada staff adalah ketepatan masa. Jika ada staff sambil lewa tentang ini, saya akan panggil dan beri peringatan.
.
Dalam isu EAO, core business beliau adalah konsultansi dan motivasi. Bidang ini menjadikan bertutur, berkata-kata, dan memberi pidato sebagai perkara asas.
.
Oleh itu, bagi saya, amanah dalam berkata, tidak menipu dan berbohong adalah main integrity yang wajib beliau jaga, dan semua ini menjadi penilaian utama dalam menentukan tahap etika beliau dalam bisnes yang dijalankan.
.
Inilah yang sebenarnya dibisingkan oleh ramai orang. Macam mana beliau dan penyokong (baca : pentaksub) beliau boleh mengambil ini sebagai sesuatu yang remeh.
.
Sehingga sekarang, tiada apa-apa usaha yang besar yang dijalankan syarikat beliau untuk menjawab 3 penafian dari universiti yang beliau mendakwa memperoleh PhD.
.
Keadaan diburukkan lagi denagn sikap pentaksub beliau yang terus menerus menyucikan beliau, malah memandang enteng masalah penipuan PhD ini.
.
Adapun hujah yang mengatakan beliau banyak berjasa dalam mendorong orang lain untuk berjaya, sedikit pun kita tak nafikan sumbangan beliau.
.
Tetapi, etika tetap etika. Ini menjadi garis pemisah samada kita menggunakan akal dalam menilai atau menjadikan emosi dan ketaksuban sebagai mental block.
.
Apa yang perlu dilakukan oleh beliau mudah sahaja. Berhadapan dengan masyarakat, mengaku kesilapan, dan memohon maaf. Ubah cara beliau yang salah, dan teruskan usaha beliau yang baik.
.
Ya, tindakan ini tidak akan meredakan haters beliau yang memang akan terus mengkritik. Tetapi paling kurang, beliau menunjukkan sikap tanggungjawab dan integriti diri beliau.
.
Apa jua kesan yang berlaku hasil pengakuan beliau, beliau perlulah menghadapinya kerana semua ini adalah disebabkan perbuatan beliau sendiri.
.
Jika beliau melakukan semua ini, beliau akan dikenang sebagai seorang yang berjiwa besar dan bertanggungjawab. Malah akan memberikan good millage kepada beliau.
.
Tetapi jika sebaliknya, bagi saya pelanggaran main integrity ini sebagai satu perkara yang sangat besar, dan menghilangkan nilai utama pada diri beliau.
.
Bagaimana mungkin beliau boleh berterusan menjalankan bisnes konsultansi ini secara bebas dan meluas, dalam keadaan beliau kini dilihat sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap penipuan yang dilakukannya sendiri?
.
Ini bukan persoalan "aku tak pandang pun title dia, yang aku nak ilmu dia." Isunya lebih besar.
.
Beliau public figure dan tindakan penipuan ini jika beliau tidak bertanggungjawab, akan menjadi ikutan orang lain.
.
Tindakan pentaksub beliau yang memandang remeh perkara ini juga dikira sebagai membantu untuk mempromosi budaya penipuan dalam bisnes.
.
Akan datang, akan muncul lagi ramai Dr segera, yang terus menerus mempromosikan title Dr mereka. Mereka tidak takut jika terbongkar kerana mereka tahu orang Melayu akan tetap menerima mereka asalkan mereka banyak buat kebaikan.
.
Kemudian berjangkit kepada perkara lain. Rasuah juga masalah kecil, asalkan banyak buat kebajikan. Mencuri pun tak mengapa, asalkan buat kebaikan.
.
Ini belum lagi kita bicara tentang nilai PhD yang sebenar mesti diletakkan di tempat yang tinggi, dan mesti dihalang dari dicemarkan oleh penipu PhD palsu.
.
Adakah akan datang kita akan meletakkan nilai ilmu dan intelektual ini di bawah tapak kaki kita, dan meletakkan perbuatan membuat kebajikan jauh lebih tinggi sehingga boleh mengampuankan perbuatan penipuan PhD?
.
Ini adalah gila. Ini adalah pembudayaan songsang yang sedang dilaksanakan atas nama membuat kebaikan. Dari luar kelihatan sangat kudus dan mulia, tetapi dalamnya membusuk dan penuh dusta.
.
EAO mesti bertanggungjawab atas perbuatannya, dan para pentaksubnya jangan sesekali mengutamakan ketaksuban anda sehingga membantu membudayakan 'neutralisasi penipuan dengan menggunakan tonik kebajikan'.
.
Saya adalah salah seorang anak murid EAO, dan telah habis beribu duit untuk menyertai program beliau. Adakah saya dapat sesuatu?
.
Ya, saya dapat manfaat yang besar dari programnya. Minda dan cara fikir saya tentang binses banyak berubah disebabkan beliau. Saya berterima kasih atas jasa beliau kepada saya.
.
Tetapi kenapa saya menulis ini? Kerana saya adalah anggota masyarakat awam di Malaysia, dan saya bertanggungjawab untuk menyuarakan bantahan terhadap perkara sepeerti ini.
.
Mempertahankan budaya luhur dalam masyarakat jauh lebih besar daripada mempertahankan beliau.
.
Jika anda rasa tulisan saya ini berguna, sila share untuk manfaat bersama.
.
Disclaimer : Saya menulis ini secara profesional, dan mengkritik tepat pada isu yang berlaku sahaja. Sebarang percubaan menggunakan tulisan ini untuk melakukan serangan peribadi terhadap EAO, atau perbuatan tidak bermoral yang lain, saya tidak bersetuju dan tidak bersama mereka.

Sumber: Mohd Azrul Azuan
loading...

0 Response to "Tipu PHD : Isunya Lebih Besar Dari Membuat Amal Kebajikan"

Post a Comment