Individu Ini Dikenakan Denda Oleh PLUS Kerana 'Lepak Lama-Lama' Di RnR

loading...


Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Damar Wulan membuat satu posting yang mengatakan dia didenda kerana berehat agak lama di kawasan RnR, Rehat dan Rawat. Dia mula mengetahui perlu membayar denda ketika sampai di plaza tol bagi membayar tol. 

Tulisnya di laman Facebook ;



Menurut individu itu lagi, alasan yang diberikan ketika membayar denda adalah disebabkan jika duduk lama di kawasan RnR, pihak lebuhraya PLUS mengesyaki wujudnya unsur-unsur penipuan. Oleh kerana marah dikenakan denda yang disifatkan sebagai TIDAK MASUK AKAL itu, individu tersebut lantas membuat panggilan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih spesifik namun usahanya menemui kegagalan apabila pihak operator juga tidak mampu memberikan jawapan yang menyakinkan.

Hmmm.

Adakah ini peraturan baru dari Lebuhraya PLUS kepada pengguna? Sebenarnya kalau ikutkan pengalaman perjalanan yang lepas-lepas jangan kata satu jam setengah, lebih dari itu pun ada kami melepak di RnR. Siap tidur 3,4 jam lagi. Hehe.

Apa pun diharap PLUS dapat menjawab kepada penyebaran sebenar. Memang tak patut denda pelanggan sebegitu atas alasan yang langsung TAK MASUK AKAL! - Sozcyilli.
loading...

0 Response to "Individu Ini Dikenakan Denda Oleh PLUS Kerana 'Lepak Lama-Lama' Di RnR"

Post a Comment