Tampalan Gigi Punca Pening Kepala?

loading...

1) Cerita berkenaan merkuri yang digunakan sebagai dental filling(amalgam) gigi ni bukan perkara baru. Actually kalau anda attentive enough, isu2 ini turut diperjuangkan oleh golongan2 antivaks. Sebab mereka beranggapan bahawa ianya dapat mengakibatkan masalah neuro development(perkembangan saraf). Simple case tak reti beza antara ethyl DAN methyl mercury. Common mistake. Despite tiada mercury dalam vaksin utk kanak2 sejak tahun 2002, incidence(kes2 baru) autisme tetap meningkat setiap tahun.

2) Ianya juga salah satu fallacy yang sering digunakan oleh naturopath dan antivaks iaitu 'appeal to nature fallacy', dimana bahan 'kimia' adalah merbahaya, seeloknya kita elak dan hanya guna semuanya yang datang daripada alam semulajadi sahaja(natural). Ini masalah utama orang yang tak belajar basic chemistry even level SPM. Dia ingat dari mana datang element mercury tersebut? Persis senyawa mercury Ayu Raudhah?

3) Majority masalah SELEPAS penggunaan amalgam ini adalah kerana terdapat kerosakan dibawah lapisan filling itu sendiri yang boleh melibatkan SARAF. Yang boleh menyebabkan masalah sakit chronic dan sakit kepala/migrain. Biasa sakit gigi tu kepala denyut2. Itu kena repair balik atau buang gigi tu terus. Bukan masalah filling itu per se.

4) Kedangakalan ilmu yang disebarkan seperti ini yang sering ditentang. Sering dilakukan oleh individu2 contohnya abang sayang buah hati pengarang jantung Abu Hannah, sebabnya cuba menyampaikan dan menyebarkan TANPA ada sumber sahih(evidence based). Juga tiada kelayakan berkenaan ilmu yang cuba disampaikan. Bila dibidas balik, mulalah keluar ayat ilmu itu luas dan jangan jumud sangat dengan ilmu buku text dan berkiblatkan perubatan moden sahaja. Tapi kalau orang tu buat dan cakap macam2 tanpa menghormati adab landasan ilmu itu boleh pulak?

5) Kot ye nak promote produk tak perlu buat dan cakap pasal perkara2 controversial. Orang paham itu marketing 101. Tapi nak sentuh perkara2 yang boleh memudaratkan masyarakat secara umumnya sekiranya ada orang yang PERCAYA dan IKUT tanpa kaji selidik dengan lebih lanjut, itu adalah tidak bertanggungjawab. Orang lain buat bisnes jugak tapi tak payah la nak promote dengan underhand tactics macam tu.

-Admin Gustilo Anderson-

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2485143/
http://jada.ada.org/article/S0002-8177(14)61645-7/abstract
http://m.cro.sagepub.com/content/8/4/410.abstract
http://www.nature.com/ebd/journal/v9/n1/full/6400571a.html
loading...

0 Response to "Tampalan Gigi Punca Pening Kepala?"

Post a Comment