Isteri Dirakam Dan Diugut Kerana Solat Tak Pakai Telekung

loading...

SEORANG pengguna media sosial, Syawalfitri Yaacob mendakwa isterinya ditegur oleh jemaah wanita lain kerana menunaikan solat tanpa memakai telekung.

Salah seorang jemaah wanita turut dikatakan merakam isterinya yang sedang bersolat, bermula dari rakaat kedua serta mengugut mahu menyebarkan video rakaman tersebut ke dalam group WhatsApp.

Beliau (suami) yang menyedari kejadian tersebut sedang dirakam mengarahkan isterinya agar tidak bertengkar dengan jemaah wanita tersebut.




Kejadian ini menggambarkan kepada kita bahawa ramai wanita yang masih jahil tentang tuntutan Islam di dalam menutup aurat walaupun di kalangan jemaah yang sering berulang alik ke surau atau masjid.

Syarat sah solat bagi wanita bukanlah memakai telekung, tetapi menutup aurat. Malah kewajiban menutup aurat bukan sahaja di dalam solat, malah setiap masa selama seseorang wanita itu masih berada di dunia ini.

Salah satu penanda aras kesempurnaan wanita menutup aurat ialah: seorang wanita itu sah bersolat dengan memakai pakaian seharian yang dipakai tanpa perlu menukar kepada telekung.
loading...

0 Response to "Isteri Dirakam Dan Diugut Kerana Solat Tak Pakai Telekung"

Post a Comment