1,200 kamera AES Akan Dipasang di seluruh Negara

loading...

Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). KANGAR: Sebanyak 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan di negara ini tidak lama lagi. Ketua Polis Negara, 

Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kerajaan sudah meluluskan pemasangan kamera berkenaan. "Ia sudah diluluskan kerajaan, tak lama lagi akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan. "Dengan adanya kamera AES di seluruh negara, siapa berani bawa laju, ...bawalah," katanya dalam sesi soal jawab Perbincangan Meja Bulat Jenayah Permasalahan Sempadan di sini, pagi tadi. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta berhubung tindakan van pelancong dari Thailand yang didakwa sering memandu melebihi had laju di lebuh raya di utara negara.



loading...

0 Response to "1,200 kamera AES Akan Dipasang di seluruh Negara"

Post a Comment