Rosmah mahu Semua Pekerja GLC, Swasta pakai batik setiap Khamis

loading...


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu semua pekerja memakai batik setiap hari Khamis.

Katanya, dalam usaha menggalakkan industri batik itu, adalah penting untuk mewujudkan permintaan.

"Pada masa ini, kakitangan kerajaan digalakkan memakai batik setiap hari Khamis.

"Untuk tujuan ini, saya gesa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta supaya menggesa kakitangan mereka untuk juga memakai batik pada hari yang sama setiap seminggu," kata Rosmah pada majlis pelancaran hari kraf kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, terdapat 462 GLC pada masa ini yang mempunyai kira-kira 100,000 kakitangan.

"Cuba bayangkan berapa banyak permintaan akan ada bagi produk batik. Ini akan membantu mengembangkan industri batik tempatan," katanya.
loading...

0 Response to "Rosmah mahu Semua Pekerja GLC, Swasta pakai batik setiap Khamis"

Post a Comment