JUJUR PUNCA ISTERI SURUH SAYA KAHWIN EMPAT – RANI KULUP

loading...


Dalam budaya masyarakat yang bertolak-ansur dengan hubungan poligami, Abdul Rani Kulup Abdullah antara mereka yang boleh dianggap berjaya.

Meskipun di ruang maya Rani, atau lebih mesra dipanggil ‘ayah’, mengundang samada tawa atau cemuh, beliau bahagia di sisi dua isterinya yang dikahwini 14 tahun lalu.

Rahsianya? Jujur dan ikhlas dalam percintaan.

“Petua yang ada pada ayah pertama sebagai suami kita kena ikhlas, sikap kena jujur dalam rumah tangga. Malah disebabkan kejujuran itu isteri pertama dan kedua ayah mengalakkan ayah berkahwin lagi,” katanya kepada FMT, bersempena Hari Kekasih hari ini.


“Ayah sahaja tidak mahu, mereka cakap ayah ini berhak berkahwin empat.”

Lebih menarik lagi, Rani berkata, sepanjang 14 tahun berkahwin dua rumah tangganya tidak pernah bergolak walaupun sekali, malah kedua-dua isterinya itu sangat kasih kepada beliau sehingga boleh dibawa bersama dalam satu majlis.

“Sepanjang ayah berkahwih dua selama 14 tahun, tidak ada sebarang pergaduhan, bermasam muka, suami isteri walaupun sekali dan hubungan ayah dan isteri baik serta berseronok sahaja,” katanya.

Rani ‘Raja Repot’ Kulup dikenali kerana dikatakan pelapor polis paling banyak di Malaysia. Beliau memberitahu FMT bahawa beliau mahu menceburi perniagaan kopi berjenama Kopidap.

Kepada kaum Adam yang membaca laporan ini, Rani menasihatkan mereka supaya sentiasa berlaku jujur dan ikhlas pada teman wanita, tunang atau isteri mereka.

“Lagi satu undang-undang negara ini pelik sikit nak kahwin lebih dari satu susah sehingga terpaksa pergi ke Thailand, haram ‘jadah’ punya JAWI, JAKIM ini, teruk punya perangai, orang nak buat benda baik tak boleh,” katanya. – FMT

Abdul Rani Kulup Abdullah - fan

RANI KULUP THE LEJEN – GAMBAR RANI KULUP FANS

loading...

0 Response to "JUJUR PUNCA ISTERI SURUH SAYA KAHWIN EMPAT – RANI KULUP"

Post a Comment