Rakyat Malaysia Masih Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Cara Berpakaian - Peguam

loading...

Saya ada satu baju kot hitam yang magic. Bila saya pakai baju ni, orang keliling jadi takut. Sebagai contoh, waktu saya kerja jadi peguam dulu, kerani dan pekerja mahkamah akan segera bagi apa-apa dokumen yang saya minta dengan cukup sopan dan cepat kalau saya pakai baju kot hitam magic nih.
Saya pernah tertinggal baju kot hitam magic nih. Bila saya pakai kemeja pink lengan pendek macam office boy, saya biasanya di layan dengan acuh tak acuh, dengan bahasa kasar dan sebagainya. Tapi itu tak berlaku bila saya pakai baju kot hitam magic nih.

Baru nih, saya rasa cukup tertipu dengan satu syarikat broadband. Syarikat ni menjanjikan langit dan bumi waktu mereka pujuk saya register. Kontraknya satu tahun. Tapi lepas register, saya dapati line sangatlah teruk. Kebanyakannya waktunya tiada coverage pun. Coverage macam sampah. Tapi bayaran mesti dibuat setiap bulan.

Sebelum jadi lecturer undang-undang, saya kerja sebagai peguam. Saya dah tahu kerenah yang akan mereka guna. Mereka akan kata kontrak selama setahun maka mesti habiskan kontrak dulu. Padahal servis dan coverage takde.

Saya pun buka almari dan ambik baju kot hitam magic saya. Bila saya pergi nak batalkan kontrak, pekerja di sana pun baca skrip macam yang saya agak.

'Encik tak boleh batalkan langganan pasal kontrak ni selama setahun.'
Saya pun keluarkan pen dari poket kot hitam magic saya.

'Sila berikan nama penuh encik. Saya nak tahu saya bercakap dengan siapa.'
Dengan muka pucat, pekerja tu berikan nama penuh.

'Saya mengajar undang-undang. Sebelum ni saya peguam. Kalau ikut undang-undang kontrak, pihak encik dah salah kerana melanggar kontrak. Kontrak ialah saya buat bayaran bulanan dan pihak encik bekalkan servis internet. Pihak encik tidak membekalkan servis tapi menuntut bayaran bulanan pulak. Ini merupakan satu penipuan. Sekiranya pihak encik berkeras tidak mahu membenarkan saya batalkan langganan, saya terpaksa ambik tindakan undang-undang.

Aduan terpaksa dibuat pada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar siasatan dibuat. Laporan juga terpaksa dibuat kepada Tribunal Pengguna dan sebagainya. Boleh tak encik confirmkan sekali lagi samada pembatalan boleh dibuat atau tak? Saya pun dah beralih kepada Unifi. Servis Unifi cukup elok dan terbaik setakat nih.'

Saya simpan pen tadi ke dalam poket kot hitam magic saya semula.
Pekerja tu msuk ke dalam jumpa bos sebentar. Tak lama lepas tu, pekerja tu keluar.
'Boleh encik, tiada masalah.'

Satu persoalan yang saya kurang faham ialah kenapa kalau saya pergi dengn pakai baju t-shirt atau pakai macam pekerja kilang atau orang kampung, permintaan saya biasanya tak dilayan.
Itulah namanya diskriminasi.

Orang Melayu ni selalu bila nampak orang dengan gaya macam VIP atau orang kenamaan, segera tolong dan bersopan. Tapi kalau nampak macam orang susah, layan sebelah mata sahaja.
Usah begitu.

Wasssalam
loading...

0 Response to "Rakyat Malaysia Masih Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Cara Berpakaian - Peguam"

Post a Comment