Kenapa Kedai Melayu Niaga Roti Canai Tidak Setanding Dgn Kedai Mamak??

loading...
Asslammualaikum & Salam Sejahtera...

Tujuan aku bukak debate ni sbb aku masih ingin mencari punca kepada issue topic ni.. Sepertimana kita sedia maklum, byk sahaja kedai melayu yg meniaga roti canai ni... dan kebiasaan nya roti canai yg org melayu buat mesti ada kelainan dr segi bentuk, teksture (lebih lembut), rasa... belum masuk bab kuah dall dan sambal.. sepatutnya org melayu punya sambal lebih champion sbb kita pengasas nasi lemak...

tapi bila difikirkan kenapa org mamak/india yg leading bussiness ni.. mybe mungkin ruji makanan nenek moyang mereka... yg dok lepak dan makan kat situ majoriti melayu... ya.. mungkin sbb servisnya.. tapi dari segi ketulenan halal haramnya bukankah sepatutnya org melayu lebih yakin pada masakan org melayu sendiri..

maaf, aku biasa je nampak yg tebar roti canai tu pakai kopiah putih tapi tangan bertatu... byk je kedai yg buh frame ayat suci tapi pekerja mamak non-muslim... maaf bukan nak bersifat racist.. tapi sekarang aku tgk org dari pakistan, myanmar, bangla pun dah ceburi bisness ni.. yg peliknya sambutan mmg tak putus dah meningkat.. bila tgk pelanggan ramai kat kedai tepi jalan ala2 setinggan diorang ni aku jadi heran.. kenapa melayu tak nak ambik peluang.. bila aku congak2 sehari sales boleh samapi 1-2k gak tu..kira kos balik... hurmm... sekilo gamdum berpuluh roti die leh canai... itu kerja pun kadang sampai tgh hari sahaja...

soklan aku... kenapa org melayu tak berani nak buat kedai roti canai melayu.. menu yg sama di corner2 lot?? adakah mmg org melayu mmg tiada penggemar canai melayu?? atau mmg sikap melayu tu sendiri tak suka sokong perniagaan org melayu... ramai jer jenama canai melayu ni cthnya canai terbang, canai cili padi dll...

tp kenapa tak boleh berkembang... aku nampak potensi ni.. bukankah kita boleh saja manage pekerja dan jadi tokey pada kedai canai setaraf kedai mamak di corner2 lot 24jam (dgn produk canai org melayu).. knp org melayu tak pandai nak run bisness canai 24jam?tapi tak pasti kenapa peniaga melayu tak leh maju dlm perniagaan ni... adakah ianya terlalu susah nak maintain... adakah kualiti canai lain... adakah org melayu mmg tak mampu bersaing and creative dlm bidang ni?

kalo dikampung mmg byk kedai canai org melayu... tapi kalo dibandar mmg ada tapi biasanya bukan dishoplot/endlot...

:D:D:D:D

sekadar pandangan & mohon pandangan....jgn marah2...:D
loading...

0 Response to " Kenapa Kedai Melayu Niaga Roti Canai Tidak Setanding Dgn Kedai Mamak??"

Post a Comment