Cinta TMJ & Khaleeda:Segalanya Bermula Selepas..

loading...

Tahniah! Rasanya saya pernah menerbitkan artikel mengenai teman wanita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Cik Khaleeda Bustamam, 21 tahun.

Hari ini media tempatan mengumumkan bahawa TMJ bakal melangsungkan istiadat pertunangan dan pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam pada 24 Oktober ini.

Gadis itu sebelum ini dilihat beberapa kali menemani TMJ ke perlawanan bola sepak pasukan Johor berasal dari Gombak, Selangor dan mereka telah berkenalan sejak setahun lalu.





Majlis terbabit akan diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 10 pagi.


Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja, Datuk Rahim Ramli berkata, istiadat pernikahan akan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran pada hari yang sama. Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

“Pada 24 Oktober pula, iaitu pada Jumaat, kita akan adakan istiadat pertunangan dan pernikahan. Istiadat ini nama sahaja istiadat pertunangan dan pernikahan tetapi  ada tiga majlis iaitu pertama, istiadat pertunangan di mana sekali lagi Tunku Aminah akan menyarungkan cincin pertunangan pada jari Cik Khaleeda.
Selepas itu barulah Sultan Johor berkenan untuk mengurniakan tujuh barangan kepada pihak pengantin perempuan dan sebagaimana istiadat Melayu, pihak pengantin perempuan akan membalas sembilan hadiah. Selepas itu barulah diadakan istiadat pernikahan yang akan dilaksanakan oleh Mufti Johor.” ujar Datuk Rahim Ramli, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Timbalan di sini.
Menurut Rahim, istiadat merisik telah diadakan pada 27 September lalu dengan rombongan diketuai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Iskandar dan disusuli istiadat meletak kerja pada 18 Oktober lalu.
Pada istiadat terbabit, bendera istiadat dinaikkan oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri selain tujuh das tembakan meriam oleh 41 bateri istiadat Rejimen Artileri Diraja. Katanya, semua istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan diraja Johor selain mempunyai unsur ketenteraan.

Imbas....Segalanya bermula selepas....



Perhubungan Fazura dengan seorang kerabat diraja sudah lama diperkatakan. Meskipun tiada pengakuan dan penjelasan yang telus daripada pelakon jelita berusia 26 tahun itu sebelum ini, yang lebih senang memberikan jawapan selamat tentang perhubungan peribadinya.

 Sehinggalah temuramahnya dengan 'Hai', Fazura berkongsi bahawa dia dan kerabat diraja berkenaan ada berbincang tentang soal perkahwinan.


Sekaligus mengiyakan apa yang sudah lama disyaki umum, malah memberi gambaran bahawa perhubungan ini diambil serius kedua belah pihak.

Namun, perhubungan ini nampaknya tidak direstui pihak istana. Dalam laporan esklusif Hits (Utusan Malaysia) kelmarin (24/2) - 'Fazura tidak diterima istana?' - seorang sumber istana dipetik memberitahu istana tidak dapat menerima Fazura.

Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Fazura sebelum ini mengenai perhubungannya dengan kerabat diraja tersebut hanya pendapat dia seorang kerana "bukan dia seorang sahaja kawan wanita kerabat diraja itu".

"Sudah tentu istana mahukan kerabat diraja bertemu jodoh dengan wanita yang tidak pernah terlibat dalam kontroversi tidak kira sama ada gadis kampung atau anak raja," kata sumber tersebut. Fazura yang dihubungi enggan mengulas mengenai hal berkenaan lagi. -

Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sehinggalah  tersebar khabar menyatakan baginda bakal melangsungkan perkahwinan Oktober depan.



Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja yang tertera nama baginda.

Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.

Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.

Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.

Manakala dalam video di bawah, beliau turut dibawa ke majlis yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Cik Khaleeda dikatakan turut bergelar model ketika menuntut di sebuah universiti.




Cik Khaleeda adalah pilihan hati TMJ dan mereka bakal disatukan Jumaat ini, sebab itu cerita perkenalan pasangan ini menarik perhatian seluruh negara.

Ia kerana kisah cinta mereka boleh diibaratkan bagai dongeng dalam buku cerita di mana putera raja yang menjadi kegilaan ramai gadis akhirnya memilih seorang rakyat biasa.

Sedikit maklumat mengenai cik Khaleeda Bustamam

Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan seluruh kerabat Johor lain.



Khaleeda berumur 21 tahun.
Merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak sebelum meneruskan pendidikan awal di Sekolah St. George’s Hanover Square di London, dan Westminster Academy di London.
Menyambung pelajaran di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sehingga menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia pada Disember 2010.

Sumber : Disini
loading...

0 Response to "Cinta TMJ & Khaleeda:Segalanya Bermula Selepas.."

Post a Comment