Tidur menelentang penyebab kematian ketika lahir?

loading...

Kajian menunjukkan kematian bayi ketika dilahirkan berpunca daripada tidur menelentang oleh wanita hamil pada bulan-bulan terakhir. Baca penjelasannya dan bagaimana mengelakkannya.

Tidur menelentang penyebab kematian ketika lahir?
‘Kaitan cara tidur dengan pre-eclampsia, berat yang rendah dan kematian ketika lahir dikalangan wanita Ghana’.

Pada awal tahun ini, satu laporan kajian wanita hamil di Ghana telah dikeluarkan. Di Afrika, 20 – 50 orang bayi mati ketika dilahirkan daripada 1,000 kelahiran berbanding 2 – 5 orang di negara berpendapatan tinggi. Jocelynn Owusu dari Jabatan Tingkah Laku Kesihatan dan Pendidikan di University of Michigan, menemuramah wanita-wanita seusai melahirkan di Korle Bu Teaching Hospital di Accra, Ghana.


Tidur menelentang penyebab kematian ketika lahir

Hasilnya, menurut Dr. Loiuse O’Brien dari Sleep Disorder Center di University of Michigan, tidur menelentang meningkatkan kelahiran dengan berat rendah pada kadar 5 kali ganda dan inilah penyebab kematian. Ia berikutan tekanan uterus pada vena kava inferior yang menyebabkan pengurangan pada isian venus dan keluaran jantung. Hasil kajian ini menganjurkan bahawa ¼ kematian ketika lahir dapat dielakkan dengan memperbaiki cara tidur ketika hamil.

Sebelum ini juga, beberapa kajian lain mendapati hasil yang sama.

Tahun lepas, Dr Adrienne Gordon, seorang pakar neonatal dari Royal Prince Alfred Hospital di Sydney, Australia melaporkan hasil kajian Sydney Stillbirth Study yang melihat kepada kehamilan 295 wanita daripada lapan hospital sekitar Australia. Kajian 5 tahun ini mendapati wanita yang tidur menelentang adalah 6 kali lebih berisiko kematian, dipercayai disebabkan oleh cara tidur yang menyekat aliran darah kepada bayi.

Pada tahun 2011 pula, satu kajian tabiat tidur 155 ibu hamil telah dilakukan di Auckland, New Zealand oleh sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Dr. Tomasina Stacey. Antara lain hasil kajian ini menunjukkan wanita yang tidur menelentang mempunyai risiko kematian ketika lahir lebih tinggi berbanding mereka yang tidur sisi.

RELATED: Little Adam gets short notice

Risiko tidur menelentang menurut pakar

Donna Arand, Pengarah Klinial, Kettering Sleep Disorder Center, Ohio.

• Uterus memberati spina, otot belakang, usus dan saluran darah utama menyebabkan lenguh dan kesakitan pada otot, hemorrhoids dan gangguan pada edaran darah yang juga menyebabkan ketidakselesaan pada wanita serta mengurangkan edaran darah untuk bayi.

• Tekanan darah turun serta merta mengakibatkan pening kepala, manakala laporan lain menunjukkan peningkatan tekanan darah.

• Menyebabkan berdengkur dan bersama peningkatan berat badan, ia boleh mengakibatkan sleep apnea.

Glade B. Curtis (American College of Obstetricians and Gynecologists) dan Judith Schuler (Consumer and Family Studies), pengarang buku bersiri Your Pregnancy.

• Mendatangkan masalah sakit belakang, pernafasan, sistem penghadaman, hemorrhoids, tekanan darah rendah dan pengurangan edaran darah kepada jantung ibu serta bayi. Semuanya disebabkan oleh abdomen yang menekan usus dan saluran darah utama (aorta dan vena cava).

Vera Stucky, Pakar Obstetrik di Pusat Kesihatan San Diego, University of California.

• Uterus yang membesar menekan vena kava inferior mengakibatkan tekanan darah rendah, memburukkan lagi keadaan ginjal dan tekanan darah tinggi, menyumbang kepada hemorrhoids, vena varikos dan edema.

George Verrilli, Pakar Obstetrik di Rhinebeck, New York.

• Pada kes-kes terpencil, is menyekat oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi. Namun, simptom tekanan darah rendah akan menyebabkan ibu hamil berdengkur sebelum dapat memberi kesan kepada bayi. Juga, jika bayi rasa tidak selesa, dia akan menendang menyebabkan ibu terjaga dan menukar posisi tidur.

Posisi tidur terbaik – tidur sisi

Dr. Arand mencadangkan tidur sisi sebagai posisi terbaik. Posisi ini memberi manfaat kepada bayi dengan memperbaiki aliran darah – serta nutrien – ke plasenta. Ia juga membantu ginjal menyingkirkan bahan terbuang dan cecair dalam badan dengan lebih berkesan, dan seterusnya mengurangkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan.

Dr. Curtis juga mencadangkan posisi sama serta menambah supaya tidur dengan kaki bengkok dan meletakkan bantal di antara dua kaki. Jika terasa kurang selesa, kerapkan bertukar posisi daripada sisi kanan kepada sisi kiri dan sebaliknya.

Kajian oleh Dr. Stacey juga mendapati wanita hamil yang tidak mengamalkan posisi tidur sisi kiri pada hari terakhir sebelum melahirkan meningkatkan risiko kematian dua kali ganda berbanding mereka yang tidak mengamalkan tidur sisi kiri.

Rujukan:

Ghanaian Pregnant Women Who Sleep On Back at Increased Risk of Stillbirth
Association of maternal sleep practices with pre-eclampsia, low birth weight, and stillbirth among Ghanaian women.
Association between maternal sleep practices and risk of late stillbirth: a case-control study
Sleeping on your back increases stillbirth risk
Sleeping on back increases stillbirths
What’s the best sleeping position during pregnancy
Sleeping positions during pregnancy
Safest sleep positions during pregnancy
loading...

0 Response to "Tidur menelentang penyebab kematian ketika lahir?"

Post a Comment