Isu kenaikkan harga rumah yang MELAMPAU!!!!!!

loading...

1. Rumah adalah tanggungan utama oleh kebanyakan rakyat Malaysia. kebiasaanye, seseorang akan mengeluarkan belanja yang paling besar sepanjang hidup mereka dalam tiga perkara, pertama ketika membeli sebuah rumah, keduanya membeli kereta, ketiga berkahwin. Ini jelas menunjukkan betapa perlu dan besarnya beban yang di tanggung oleh seorang rakyat dalam usaha memiliki sebuah kediaman. Isu Ketidak stabilan kenaikkan harga rumah adalah isu yang diperkatakan setiap tahun, , pelbagai usaha telah di buat untuk mengurangkan kenaikkan harga hartanah, namun sehingga kini, kanaikkan nilai hartanah di malaysia masih di tahap tidak sihat. Dan kerajaan Malasia seringkali di anngap ‘’BerMonolog Dalaman’’ dalam menyelesaikan isu ini!

2. Seharusnye kenaikkan nilai hartanah haruslah seimbang dengan kenikan pendapatan rakyat (pendapatan perkapita). Dalam isu kenaikkan nilai hartanah di Malaysia, jika di nilai kenaikkan nilai hartanah sepanjang 2 tahun dari 2010 hingga 2011, kenaikkan adalah sebanyak 35 %. Jumlah Kenaikan yang cukup besar ini adalah sangat membimbangkan. ini kerana di kala rakyat hanya mampu memperolehi kenaikan pendapatan sebanyak 10%, nilai hartanah telah meningkat kepada 35%. Ini sudah tentu sama sekali akan memberi tekanan kepada Majoriti rakyat. Kesan utama sudah tentu kepada mereka yang berpendapatan rendah.

3. Saya membuat pengukuran mudah, jika dikira jumlah penjawat awam seramai 1.42 juta pada tahun 2013. Yang mungkin mewakili 6 juta isi rumah di dalam negara, Penjawat awam hanya memperolehi peningkatan pendapatan sebanyak 5% setahun, ataupun 10% untuk 2 tahun. Jumlah ini sama sekali jauh berbeza dengan kenaikkan nilai hartanah iaitu 35% untuk 2 tahun yang lalu. Perbezaan adalah sebanyak 15% dari segi jumlah pendapatan dan kenaikkan nilai hartanah.

4. Kesannya sudah dapat dilihat jelas, sehingga tahun 2012 seramai 118,000 rakyat telah datang memohan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang mana jumlah yang mampu disediakan adalah sebanyak 3,500 unit sahaja. Jumlah pemohan yang banyak ini sudah tentu membuktikan, kebanyakan rakyat sudah tidak mampu lagi bersaing dengan harga pasaran hartanah semasa yang sudah meningkat terlalu tinggi berbanding pendapatan mereka. Pada masa kini , jumlah hutang isi rumah negara juga telah berada di paras sangat tidak sihat.

5. Pelbagai punca telah dikenal pasti, namun sejak bertahun tiada sedikat terbukti kerajaan mampu mengurangkan beban kenaikkan nilai hartanah yang ditanggung rakyat. Adakah ini bermaksuda kerajaan tidak mampu menangani masalah kenaikkan nilai hartanah ini? ataupun kerajaan langsung tiada kuasa dalam mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat? Mungkin ini membuktikan kerajaan tidak benar serius dalam membantu rakyat?

6. Dalam menyelesaikan permasalahan, jika kerajaan tidak mempunyai idea, kerajaan harus menggukan kuasa yang ada untuk menangani masalah, jika benar kerajaan tidak punyai kuasa, kerajaan harus mewujudkan satu kuasa atas kepentingan rakyat yang telah memilih mereka dalam PRU (Pilihan Raya Umum).

7. Sejujurnya ini adalah pendapat peribadi saya yang pernah berkecimpung dalam sektor bembekalan barang binaan dan penjualan hartanah sejak beberapa tahun yang lalu.

8. Dalam meletakkan harga, kos pembinaan menjadi alasan utama pemaju. Dan dalam industri pembinaan, dua barangan terpenting sudah tentu simen dan besi merupakan yang menjadi kos tanggungan tertinggi dalam sesuatu pembinaan.

9. Di malaysia industri simen telah berkembang pesat dari zaman awal pembanggunan malaysia, kebanyakkan kuari simen terletak di negeri Perak, untuk sebuah gunung bersimen, tempoh pajakan yang di beri biasanya memakan masa sehingga 200 tahun, pendek kata jika seorang jutawan pemperolehi hak keatas sebuah gunung bersimen, hasilnye boleh dikongsi untuk sepuluh keturunan. Dan kontrak yang di berikan sudah tentu dari saluran Politik (Menteri Besar) dan kuncu-kuncunye.

10. Apa yang terjadi kepada industri simen di malaysia dalah satu jenis Monopoli dari kumpulan YTL yang telah berjaya mengausai bukit-bukit simen di malaysia sejak awal tahun 80an lagi. Dan segala jenis monopoli ini telah membolehkan kumpulan YTL mengawal harga sesuka hati. Sebagai contoh sekitar tahun 2010, di waktu pesatuan pengedar simen bersuara untuk menaikkan harga, kerajaan pada masa itu meminta pihak persatuan memberi alasan yang munasabah, kemudian apa yang telah terjadi pihak pembekal simen menghadkan pengeluaran simen mereka, dan industri pembinaan mengalami kerugian kerana ketiadaan bahan mentah untuk melakukan kerja pembinaan. Setiap hari syarikat pemaju dan pembina menanggung kerugian mengejut. Pada masa itu saya sempat merasa ketiadaan bekalan simen di gudang saya berkerja. Para pemaju mengalami kerugian setiap hari. kemudian harga simen berjaya di naikkan dan kerajaan membisu. sehingga hari ini harga simen sudah berkali-kali dinaikkan. Juga dapat dilihat keuntungan syarikat YTL telah meningkat dengan tinggi setiap tahun.

11. situasi yang telah terjadi pada pembekal besi Malaysia pula, sejak dari sebelum merdeka lagi industri ini telah dikuasi oleh kaum cina, sekitar tahun 80an kerajaan telah menubuhkan perwaja yang bertujuan mewujudkan pesaingan harga dalam industri besi dan melahirkan usahawan melayu dari industri besi. Namun ape yang terjadi sehingga hari ini, perwaja seperti sebuah beban kepada negara serta tidak langsung menjadi sepertai fungsi penubuhannye. kini majoriti saham syarikat itu telah di jual kepada syarikat cina ianitu kensteel yang juga antara pemain utama industri besi di negara ini pada masa ini.

12. Jika dilihat dalam senarai persatuan pengerluar besi Malaysia Malaysia Steel Association (MSA), ianya 100% dikuasai oleh usahawan cina, dan setelah kecundangnya perwaja persatuan ini sudah tiada persaingan lagi dalam permainan harga. Segala yang berlaku ini sudah tentu menyukarkan lagi pengawalan harga barang binaan negara.

13. Dalam segala permasalahan ini kita dapat lihat bagaimana Monopili memberi kesan buruk kepada pengguna. Selain itu saya mengesyaki berlakunye ketirisan kuasa sehingga membolehkan syarikat YTL memonopoli bukit-bukit di negeri perak. Pada saya ,tidak guna seorang pemimpin mengumpul kekayaan (HARAM) yang mampu di belanjakan oleh 2 keturunan sedangkan seluruh rakyat malaysia menderita akibat kenaikan harga simen yang telah berjaya dimonopoli untuk 10 keturunan. Untuk menyelesaikan masalah ini kerajaan seharunye menubuhkan sebuah syarikat baru yang berstatus GLC dan memberikan kawasan bukit simen yang baru untuk dijadikan sumber simen baru kepada negara ( Itu pun jika masih ada ). Ataupun berkira-kira untuk mengimport simen dari Indonesia / thailand secara pukal jika ianya lebih menguntungkan.

14. Dalam isu besi, kerajaan telah kerugian hampir 18 billion kepada perwaja yang mana akhirnya menjadi hak milik kepada syarikat lain. Ini merupakan sesuatu yang amat mengecewakan rakyat.

15. Dalam menyelesaikan isu harga rumah untuk rakyat. Kerajaan seharusnye bersifat lebih ''Tegas' dalam membantu rakyat. Semua jenis monopoli harus di hapuskan. Selain itu kerajaan boleh menggerakkan semua anak syarikat kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dalam sektor pembinaan seperti UEM dan PKNS untuk membina rumah yang lebih murah dalam usaha membantu rakyat. Pihak perbandaran juga diminta lebih telus dan rasional dalam meluluskan projek pembinaan. Ini seperti menetapkan kuota untuk membina rumah mampu milik dengan lebih banyak. Di awasan sekitar Bandaraya Kuala lumpur contohnye, kerajaan sudah tidak dapat mengawal harga pembinaan kediaman baru di mana jika dilihat kesemua projek pembinaan baru sekitar Kuala Lumpur Berharga RM800 Sekaki ke atas. DBKL boleh membeli tanah dari kawasan Perbandaran kejiranan untuk membesarkan lagi kawasan sempadan Bandaraya kuala lumpur dan membina rumah mampu milik di kawasan tersebut.

16. Jika satu hari nanti salah seorang dari anda menjadi menteri, berlaku teluslah kepada rakyat, perkara utama yang perlu difikirkan adalah seberapa banyak sumbangan yang boleh anda berikan kepada masyarakat, bukanlah seberapa banyak duit haram yang mampu anda kumpul untuk seluruh keturunan anda. Jika anda menjadi usahawan, jadilah usahawan yang bertimbang rasa, perkataan USAHAwan itu hanya untuk orang yang berUSAHA. Dalam mencari keuntungan, berusahalan untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan anda. Tidak guna kita hidup senang atas kesukaran orang lain yang melampau. Kerajaan juga harus mengurangkan tanggungan lain kepada rakyat, ini adalah perlu bagi meningkatkan kuasa beli rakyat dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai cotoh jika kerajaan mampu mengurangkan harga kereta. Ini akan memberi ruang yang lebih kepada rakyat untuk membeli sesuatu yang lebih penting iaitu SEBUAH RUMAH.
loading...

0 Response to "Isu kenaikkan harga rumah yang MELAMPAU!!!!!!"

Post a Comment