Sah Kedai Mamak Ni Memang Tak Halal, Masak Kambing Campur daging Babi

loading...


Batu Gajah: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (KPDNKK) mengesahkan sebuah premis makanan di daerah ini tidak mempunyai sijil halal.

Premis yang juga restoran terkenal di sini tular di laman sosial selepas status halalnya diragui dengan dakwaan menyediakan sajian tidak halal.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada orang awam yang mencurigai status halal premis berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis itu bukan beragama Islam manakala enam daripada 11 pekerja di situ adalah bukan Islam.

"Kita juga menemukan daging kambing yang dipercayai dibekalkan oleh pembekal yang tidak mempunyai sijil halal.

"Semua daging kambing di premis itu disita dan kes disiasat mengikut Perintah 4 (1) dan (2) Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati bekalan bahan mentah daging lembu dan daging kambing diperolehi daripada pembekal yang tidak mempunyai perakuan dan logo halal daripada JAIP. Premis disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011.
loading...

0 Response to "Sah Kedai Mamak Ni Memang Tak Halal, Masak Kambing Campur daging Babi"

Post a Comment