loading...
Hari ni abang nak cerita pasai PTPTN & Travel Ke Indonesia
Bulan lepas, abang plan nak pi Indonesia untuk ziarah anak saudara belajar di sana (abang nak pi selama 12 hari : 8hb-20hb Disember 2016). Abang pi bersama kakak kandung abang dan seorang anaknya yang masih bersekolah rendah.
15/11/2016 : Abang pun dengan semangatnya pi la check nama dekat Imigresen sebab abang ada TUNGGAKAN dengan PTPTN sejak 2014.
Bila check, pegawai tu kata, nama encik clear, nama tak blacklist untuk ke luar negara. Abang pun apa lagi, pi kaunter sebelah, buat passport yang bernilai RM200.00. Selesai buat passport, abang pun call kakak abang untuk urusan beli tiket flight (online). Dia pun beli la tiket AirAsia (Penang - Surabaya) dua hala RM800.00.
Abang pun prepare la segala mak nenek semua. Tukaq duit Indonesia Rp2,200,000.00 & tempah hotel dan tiket keretapi di Indonesia (RM200.00) Jutawan sat cek oi. Semangat nak mampoih sebab sepanjang 25 tahun hidup, tak pernah naik flight. Kakak ada pesan, check nama dulu di Imigresen sebab husband dia pernah kena block di Airport sebab Income Tax ada sangkut.
Dia bagi link, so abang pun check la.
http://sspi2.imi.gov.my
Result dia "Tiada Halangan". Abang pun makin berkobar-kobar la nak pi Indonesia ni. Tapi abang hairan jugak status "Tiada Halangan" tu sebab ramai kawan-kawan bagitau kalau ada tunggakan dengan PTPTN tak boleh ke luar negara. Dek kerana ghairah nak pi berjalan, abang terlupa satu benda, abang tak pi check dekat PTPTN langsung samada nama abang benar-benar bersih untuk ke luar negara. Tambahan pulak, tiada masalah masa abang beli tiket flight.
Dua hari sebelum flight (06/12/2016)
Abang check online sekali lagi untuk pastikan nama abang betul-betul clear. Result masih lagi, "Tiada Halangan". Then, abang pun fikir, mungkin sebab total hutang abang tak berapa banyak (RM7500.00++), PTPTN tak block. Mungkin ada minimum limit tertentu baru dia block.
Hari Penerbangan (08/12/2016)
Abang tak berapa reti sangat pasai flight ni semua, kebanyakannya diurus oleh kakak abang. Online Check In, Luggage dan sebagainya. Yang abang tau satgi naik flight mengucap dulu. Abang sampai di Penang Airport jam 4:30 Petang memandangkan flight abang pukul 7:00 Petang.
6:00 Petang : Dah setel salam cium tangan abang ipaq, anak menakan semua, abang pun dengan penuh kemachoan berjalan masuk ke Pelepasan Antarabangsa & disini lah segala episod duka lara sedih kecewa geram marah tak tau nak habaq bermula.
Abang sangkut di situ selepas Pegawai Imigresen bagitau nama abang blacklist untuk ke luar negara! Hampa taktau betapa meruntunnya jiwa bila dengaq pegawai tu kata lagu tu.
Abang tanya, dua hari lepas saya check online, nama saya clear, kenapa hari ni blacklist pulak encik? Dia kata, nama encik baru sahaja blacklist semalam. What the fish??? Semalam baru blacklist? Aduhai. Jam menunjukkan tepat 6:30 petang. Flight abang pukul
7:00 petang.Pegawai tu minta abang cuba hubungi PTPTN untuk selesaikan tunggakan terlebih dulu. Tapi jam dah 6:30 petang, PTPTN mana yang rajin buat OT? Then, pegawai tu bagi satu nombor telefon seorang pegawai PTPTN, abang pun call lah. Dia pulak sedang bercuti tapi setakat nak check tunggakan tu boleh tiada masalah (terima kasih cik kak atas budi baik).
Dia kata abang ada tunggakan dengan PTPTN dan kena clearkan melalui online banking kalau nak clearkan nama. Tapi dia tak dapat pastikan nama abang akan clear serta-merta selepas membuat pembayaran.
So, abang decide untuk tak jadi pi ke Indonesia. Cuti 12 hari dok dirumah jadi jebon.
Moral of the story:
Jangan sangka nama hampa tak blacklist walaupun tak dapat sebarang notis atau makluman dari pihak PTPTN. Kalau tak pernah bayaq atausat bayaq sat dak tu, memang blacklist ler tu. Setelkan dulu tunggakan hampa, sebelum buat sebarang perancangan untuk ke luar negara.
Abang dah clear semua tunggakan termasuk total hutang PTPTN pakai Akaun Kedua KWSP. Kalau hampa ada tunggakan, setel terus pakai akaun kedua tu.
Jangan jadi macam abang, menyesai pun tak guna. RM800.00 duit tiket burn begitu sahaja. Sekian. Terima kasih sebab rajin baca sampai habis.
loading...
0 Response to "Jangan Ambil Mudah Berhati-hati Dengan Sistem Imegresen Dalam Website"
Post a Comment