Amaran Terhadap Ibu Bapa Yang Memberi Kismis Kepada Anak-anak Sebagai Snek

loading...


Doktor gigi memberi amaran terhadap ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak sebagai snek

"Kismis dan buah-buahan kering adalah satu masalah besar. Ramai ibu bapa fikir ia pilihan yang baik kerana ia penuh dengan vitamin."

Kismis adalah anggur kering, anggur adalah buat, maka kismis adalah menyihatkan. Ini mungkin benar, tetapi penting untuk kita ingat yang kismis juga mengandungi gula yang tinggi. Ia mungkin gula semula jadi, namun terlampau banyak tetap tidak elok.

Malah, seorang doktor mahukan ibu bapa supaya berhati-hati dalam memberi anak mereka kismis.

Di dalam laporan Mirror, seorang doktor gigi dan ibu kepada Saara Sabir dari Salford berkata yang salah satu punca gigi reput adalah buah-buahan kering.

“Kismis dan buah-buahan kering adalah satu masalah besar,” jelasnya. ” Ramai ibu bapa fikir ia pilihan yang baik kerana ia penuh dengan vitamin.”

Adakah anda tahu, memberi kismis di dalam paket kecik bersamaan lebih kurang 8 sudu kecil gula?

Pandangan dari sudut perspektif, NHS mencadangkan pengambilan gula harian kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun ialah 5 ketul gula sahaja. Untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun, ia adalah lebih dari 6.

Bukan sahaja itu, kismis dan buah-buahan kering juga mengandungi bahan yang memainkan peranan besar dalam menggalakan gigi reput.

“Kismis adalah melekit dan melekat pada kiri,” kata Saara. “oleh itu, bakteria akan mempunyai sumber gila yang berpanjangan, jadi ia boleh menyebabkan gigi reput untuk jangka masa yang panjang.”


"Kismis dan buah-buahan kering adalah satu masalah besar. Ramai ibu bapa fikir ia pilihan yang baik kerana ia penuh dengan vitamin."

Tetapi ini tidak bermakna anda perlu berhenti memasukan ia ke dalam makanan anak-anak; kismis masih lagi penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh  anak-anak yang sedang membesar.

“Adalah lebih baik memberi anak anda kismis sebagai pemanis mulut atau sebahagian dari makanan utama selain sebagai snek,” tambah Saara. “Gula sebahagian dari makanan utama tidak merosakan gigi, jadi memberikan manisan semasa waktu makan tidak menyebabkan reput.”

“Namun, kerap memakan snek makanan dan minuman manis di antara waktu makan akan menyebabkan mulut sentiasa berada di dalam keadaan asidik – iaitu keadaan ideal untuk gigi reput.”

Ini kerana bakteria di dalam mulut akan makan gula, yang kemudiannya akan menghasilkan asid.

Ibu bapa patut menghadkan memberi anak makanan manis hanya semasa waktu makan utama. Memberus gigi dengan ubat gigi berflorida dua kali sehari juga membantu.

Jika anda mencari snek yang sihat, Saara mencadangkan memberi anak-anak keju dan roti.

“Ia meneutralkan asid di dalam mulut dan menghalang gigi reput,” jelas beliau. “Apa-apa snek yang tidak manis adalah pilihan yang lebih bagus.”
loading...

0 Response to "Amaran Terhadap Ibu Bapa Yang Memberi Kismis Kepada Anak-anak Sebagai Snek"

Post a Comment