#InfoBanjirTerengganu : 33 Sekolah Di Tutup Esok

loading...

KUALA TERENGGANU: Lebih 1,000 murid dan pelajar di 23 sekolah di lima daerah di Terengganu tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2017 esok berikutan banjir sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan dan tiga sekolah menengah dilanda banjir.



Syafiq Ridzuan Ambak “Enam sekolah di Hulu Terengganu yang dilanda banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman,” katanya.

Sebanyak 16 sekolah lain di Hulu Terengganu pula tidak dapat beroperasi esok kerana laluan ke sekolah ditenggelami air iaitu SK Padang Setebu, SK Sungai Berua, SK Sungai Buloh, SK Kuala Jenderis, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Nibong, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, SMK Menering dan SMK Kuala Jenderis.

Di Marang, SK Sentol Patah turut dilanda banjir manakala empat sekolah lagi tidak boleh beroperasi esok kerana dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir iaitu SK Kubu, SK Pengkalan Berangan, SK Bukit Gasing dan SMK Merchang.

Di daerah Kuala Terengganu pula, tiga sekolah terpaksa ditutup kerana dinaiki air iaitu SK Kampung Bukit di Chendering, SK Undang dan SK Padang Midin.

Di daerah Setiu, dua sekolah ditutup esok iaitu SMK Langkap yang dijadikan pusat pemindahan banjir dan SK Merbau Menyusut kerana dinaiki air manakala sebuah sekolah di Dungun yang dinaiki air ialah SK Seri Paka.

Sehubungan itu, Shafruddin meminta ibu bapa supaya lebih prihatin dengan perkembangan terbaru banjir dan mendapatkan maklumat mengenai keadaan sekolah anak mereka.

“Sekolah hanya beroperasi semula apabila banjir reda dan keadaan pulih seperti biasa,” katanya. Terengganu mengalami hujan setiap hari sejak minggu lalu dan semakin lebat mulai semalam.
loading...

0 Response to "#InfoBanjirTerengganu : 33 Sekolah Di Tutup Esok"

Post a Comment