Lelaki Ini Dedahkan Cara Video Teknik ‘Freeze Time’ Dibuat


Ramai tertarik dengan video yang memaparkan gambaran freeze time ala-ala filem X-Men. Rentetan itu ada video kedua dari orang yang berbeza berkaitan freeze time. Tapi kali ini disertakan sekali langkah-langkah membuat rakaman video teknik freeze time.

Ridhwan Amin Rodi atau nama manja sejak kecil, Joy menyatakan bahawa dia telah lama tahu tentang teknik freeze time ini ketika umur 17 tahun. Dia belajar dari Youtube turut berkongsi kisah di sebalik pembikinan video itu di sini.

Cabaran nak buat freeze time ni satu je. Cabaran nak mendisiplinkan orang untuk menjadi patung. So, kita kena PR betul betul terangkan betul betul dekat orang untuk menjadi patung betul betul.
Joy juga bekas pelajar Saiful Nang Academy, telah memindahkan semua video di bawah ini dari kamera DSLR untuk proses editing. Dia hanya pilih slow motion dan fast forward tool.


Ini langkah-langkah buat video teknik freeze time:

1. Kumpul seberapa ramai orang. Lagi ramai lagi bagus.
2. Suruh mereka jadi patung! Kelip mata pun tak boleh. Kalau dapat freeze kan baby itu kira bonus untuk anda!
3. Record video.
4. Dalam editing kasi slow motion dan fast forward.
5. Video siap.

Tip tambahan Joy: “Jangan cakap video freeze time ni susah lah. Sebenarnya guna iPhone pun boleh. Record guna iPhone, then buat editing dalam apps iMovie. Kawan saya dah buat dah. Memang menjadi.”

0 Response to "Lelaki Ini Dedahkan Cara Video Teknik ‘Freeze Time’ Dibuat"

Post a Comment