Cara Membezakan Iphone Original, Baru, Secondhand, Refurbished atau Import Set

loading...

Semoga ianya dapat membantu anda yang ingin membeli iPhone secara online agar tidak tertipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

=====

Sejak kebelakangan ini, ramai sellers yang menjual pelbagai set iPhone.

Namun ada yang memberikan info yang salah dan mengelirukan.

Jadi di sini, disediakan tips yang mungkin boleh membantu kalian.




Secara jujurnya, pengaruh iPhone klon masih meluas di Malaysia.

Ada lagi seller yang menjual iPhone klon tanpa sedar atau tidak.

Bagi pengguna yang sudah biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu untuk membezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga secara fizikal iPhone berkenaan.

Bagi pengguna yang langsung tak biasa, mereka mungkin tak tahu langsung cara nak bezakan.

Untuk itu, ini ialah langkah yang mudah untuk membezakan antara iPhone Original dengan iPhone Klon.


Pastikan anda bawa simkad anda yang telah dipotong , MicroSim untuk iPhone 4/4S, Nano Sim untuk iPhone 5 ke atas.
Masukkan simkad ke dalam iPhone, untuk mengaktifkan iPhone original, simkad diperlukan untuk masuk ke homescreen. iPhone klon tidak perlu simkad pun. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebut simlocked atau unlocked. Jika Sim Not Valid, itu tandanya Sim Locked (tidak boleh guna Telco Malaysia secara asasnya).
Connect to Internet (Wifi atau Mobile Data) > masuk AppStore > Download simple apps macam Apple Store > nanti akan popup untuk sign in Apple ID. Untuk klon, ia akan minta Google Play atau selain daripada Apple ID.
Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti. Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja, bukan 16GB.
BARU VS SECOND HAND

Ini pun antara topik yang popular diperbincangkan.

Secara asasnya, iPhone yang BARU mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan.

Boleh check warranty di checkcoverage.apple.com , ambil serial number pada Settings > General > About.

Info pada kotak boleh ditiru atau ditipu.

Tetapi info pada settings iPhone original, tidak boleh ditiru atau ditipu.


Gambar di atas jelas menunjukkan Warranty iPhone belum diaktifkan.

Ia bermakna, iPhone tersebut belum dibuka, belum diaktifkan dan ianya BARU.

Untuk iPhone second hand, Warranty sudah berjalan ataupun telah habis.

Tak kisah la baru berjalan sehari atau dua hari.

Ia tetap dikira second hand, dan anda layak untuk menuntut harga yang murah berbanding harga baru di pasaran.


Tolong JANGAN PERCAYA seller macam ni.

IMPORT set yang BARU, mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan.

Dengan itu la ia layak dipanggil set baharu.

Jika warranty sudah habis atau masih berjalan official warranty Apple, itu tandanya iPhone itu second hand atau refurbished.

Anda boleh juga check Calling Time, untuk melihat, pergi ke Settings > Mobile/Cellular > Call Time > LifeTime , jika bukan 0, maknanya, sudah digunakan untuk membuat panggilan ataupun ianya adalah unit Second Hand.


IMPORT SET VS MALAYSIA SET

Secara asasnya, Import set dan Malaysia set tiada perbezaan secara khusus.

Semua iPhone dikilangkan di China dan mempunyai fungsi asas yang sama.

Perbezaannya ialah apabila negara atau region tersebut mempunyai restriction dan regulation.

Contohnya:

Set Japan/Korea tidak boleh Disable camera shutter sound.
Set UAE/Saudi Arabia tiada FaceTime.
Set China tiada sokongan 4G/LTE (Bagi iPhone 6/6+ kebawah).
Dari segi warranty, Import set yang baharu dan Malaysia set yang baharu akan ada 1 year LIMITED warranty daripada Apple.

Bagi set Switzerland, set tersebut layak mendapat 2 tahun warranty daripada penjual (Apple).

Ada juga sesetengah negara yang mempunyai Apple Care yang juga boleh memanjangkan tempoh warranty kepada 2 tahun dengan dikenakan sedikit bayaran.

Bagi Malaysia set, warranty daripada Apple adalah 1 tahun.

Untuk proses claim warranty, YA, set Malaysia akan menjadi lebih mudah kerana Authorised Apple Service Provider (AASP) seperti Machines, MacCity, Switch, QCD dan lain-lain lebih mudah untuk menerima set Malaysia.

Jika anda membeli iPhone daripada pihak Telco seperti Digi atau Maxis, pastikan anda mendapatkan set Malaysia (MY set) untuk memudahkan proses warranty claim di kemudian hari.

Namun, sebahagian daripada AASP ini juga menerima set Import juga, dengan syarat ianya dibeli melalui Apple Online Store atau Apple Retail Store.

Di negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan lain-lain, Apple Retail Store masih belum wujud.

Apple hanya melantik AAR untuk menjual produk Apple dan AASP sebagai wakil service provider.

Jadi proses claim itu juga bergantung pada AASP tersebut.

Untuk Import set, pastikan anda periksa warranty dahulu ya.

REFURBISHED VS REPLACEMENT

Ini adalah antara soalan yang popular.



Jawapan:

Ia memerlukan seorang yang pakar untuk melihat komponen dalaman dan luaran.

Refurbished bermaksud iPhone tersebut pada asalnya mengalami kerosakan pada hardware dan diganti dengan komponen yang baharu bagi menghidupkan kembali iPhone tersebut.

Refurbished oleh Apple bermaksud mereka menggunakan komponen Original.

Manakala Refurbished oleh Third Party bermaksud ada yang menggunakan sepenuhnya komponen Original, ada juga pihak yang menggunakan komponen yang dibekalkan oleh pihak Third Party.




Refurbished by Apple

iPhone Refurbished by Apple hanya dijual oleh pihak Apple dan mereka menjualnya di Apple Refurb Section9 di Apple Retail Store.

Packaging juga berbeza, Ia dikenali sebagai White Box set dan ada juga tertulis Apple Certified Refurbished pada kotak tersebut.

Segala komponen adalah Original dan disahkan oleh Apple termasuk warranty 1 tahun daripada pihak Apple.



Refurbished oleh Third Party

Lazimnya set Refurbished oleh Third Party masih menggunakan kotak normal dan biasanya tiada Apple Warranty.

Set ini kebiasaanya daripada set Telco luar negara seperti US, UK atau Japan.

Ia adalah modus operandi standard untuk Third Party mendapatkan iPhone ini.

Hal ini kerana, Telco ada menyediakan phone Replacement ataupun Upgrade Program.

Contohnya, pengguna plan Telco tersebut ingin upgrade iPhone 6 kepada 6S, jadi pengguna ini akan memulangkan iPhone 6 dan mengambil iPhone 6S daripada telco ini.

Ianya macam trade in iPhone 6 dan ambil iPhone 6S, jadi, ke mana perginya iPhone 6 tersebut?

Sudah tentulah Telco akan kumpul dan menjualnya kepada pihak Third party.

Pihak Third Party akan memperbaharui dan menjualnya sebagai set Refurbished kepada pasaran.

Di Malaysia, set Refurbished sebegini sangat popular.

Namun ramai seller yang mengelirukan pembeli dengan mengatakan ianya set import baharu.

YA, ia memang set Import, tetapi ianya Import REFURBISHED, bukan baharu.

Di Malaysia, ada AAR (Apple Authorised Reseller) yang menjual set Refurbished, contohnya Machines, Switch dan lain-lain.

Mereka juga ada menyediakan warranty, namun warranty tersebut bukanlah associated with Apple, tetapi ianya lebih kepada warranty AAR/AASP berkenaan.

Sumber: Apple User Group (Malaysia)
loading...

0 Response to "Cara Membezakan Iphone Original, Baru, Secondhand, Refurbished atau Import Set"

Post a Comment