Anak dajal?? Hentikan Penyebaran dan Fitnah Terhadap Gambar Ini

loading...

Anak Dajjal? Dah berkali2 aku tengok org share gambar bayi mata satu kat laman sosial dan kata ni dajal? Ya Allah Kadang yang share pun org yang ngaji agama. Antum pun tahu kan hadith sohih bab dajal ni ialah seorang lelaki yang matanya buta sebelah, lagi sebelah seakan2 terkeluar dan dahinya tertulis 'kafir'dalam bahasa arab. Bukan lelaki yg ada satu mata kat tengah dahi Kesian ciptaan Allah ni. Comel. Subhanallah. Tapi ada yang bilang ni dajal. Sehina2 makhluk. Raja para syaitan. Yang berdiri belakangnya Iblis, dan syaitan2. Tak rasa bersalah ke kita mengatakan anak yg suci ni dajjal? Makhluk yg dilaknat Allah dunia akhirat. Yang memimpin kejahatan dan kecelakaan dunia akhirat. Berat tuduhan kalian pada golongan anak2 seperti ini Sebab tu Islam dan Sains tidak pernah berpisah. Jika jumpa pelik2 dalam sains, kembalilah pada agama. Maka akan jumpalah jawapan yang tepat Ini adalah congenital brain abnormality. Nama saintifiknya HOLOPROSENCEPHALY. Iaitu gagalnya forebrain kita atau nama lain PROSENCEPHALY nak pecah pada dua hemisphere. Maka dahi tak terbentuk dan mata juga tak berpecah dua. Jadilah mata satu kat tengah. Condition baby ni Cyclopia iaitu mata satu. Nama lainnya cacat kalau tak faham apa saya tulis kat atas. Huhu Penybabnya bnyak antaranya genetik disorder, ibu yg ada diabetic mellitus, amik drug dan alcohol dan banyak lagi. Tapi sangat rare. 1 dalam 20000 kelahiran Bukan dajal. Bayi2 cyclopia ni hidupnya tak lama. Selalunya meninggal selepas kelahiran mereka. Mereka ni bayi2 syurga. Tiada dosa dan suci Jadinya, kalau jumpa org2 yg share bnda2 merepek tu supaya stop, dan sedekahkan alfatihah pada bayi2 syurga ni. :)




loading...

0 Response to "Anak dajal?? Hentikan Penyebaran dan Fitnah Terhadap Gambar Ini"

Post a Comment