loading...
Setelah berita kejayaan pengusaha Nasi Lemak Pondan jadi bualan netizen di media-media sosial, hari ini, netizen di Malaysia dikejutkan dengan pendatang baru yang dikenali sebagai Nasi Lemak Gay.
Turut diusahakan di kawasan Cheras, gerai nasi lemak yang dibuka di kawasan berhadapan dengan Petronas Taman Segar, Cheras mendapat perhatian netizen.
Gerai nasi lemak yang dibuka oleh Adi Yusuf ini mendapat kritikan dan cemuhan daripada netizen yang rata-ratanya berasa tersinggung dengan nama perniagaan beliau ini.
Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen:
Tidak dapat dipastikan samada nama yang diberikan, Nasi Lemak Gay ini memang menunjukkan citarasa songsang seperti pemilik Nasi Lemak Pondan atau ianya hanya sekadar suka-suka bagi meraih populariti segara di dalam laman-laman media sosial.
Doa seperti diaminkan
Sebelum ini, selepas kisah Nasi Lemak Pondan jadi tular di laman media sosial, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Tun Carlos telah menaik sebuah status yang merupakan pandangan beliau mengenai isu ini.Lepas ni jangan hairan la kalau ada Nasi Lemak Gay ke, Nasi Lemak Pelacur ke. Allah kalau nak turun bala, Pak Lebai pun tak terkecuali. Macam kat Acheh dulu. Semua kena. Kan..sekejap sangat kita lupa.
-Tun Carlos
Status yang dimuatnaik pada 25 Mac ini seseolah diaminkan oleh rakan-rakan beliau dan doa beliau itu akhirnya dimakbulkan dengan gerai Nasi Lemak Gay telah dibuka secara rasmi di Cheras, Kuala Lumpur.
Setakat ini, hanya Nasi Lemak Gay saja yang berjaya dibuka, namun sekiranya ada siapa-siapa yang tahu mengenai Nasi Lemak Pelacur, boleh kongsikan bersama kami.
Bukan soal mencari rezeki halal
Nasi Lemak Pondan? Nasi Lemak Gay?
Makin dikecam makin laku???
Bukan soal mencari rezeki halal. Tapi ini soal kemurkaan Allah pada golongan yang menukar jantina.
Jangan berpura-pura sangka baik pada perkara yang Allah murkai. Dan jangan pernah menganggap bahawa perbuatan membela golongan pondan adalah terpuji.
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW:
Maksudnya – “Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual).”
(Kanz Al-‘Ummal : 16/73)
-Ummu Saif-
Semuanya bermula dengan Spiderman
Mula2 nasi lemak spiderman..lpstu nasi lemak anak dara..lpstu nasi lemak pondan…dan akan dtg pulak..Tolong bagi nama…
Bukan mahu bersikap prejudis, tetapi perbuatan menggunakan nama-nama yang berunsur LGBT ini di dalam perniagaan sepatutnya tidak berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya mereka ini beragama Islam.
loading...
0 Response to "Nasi Lemak Gay Ini Merupakan Pencabar Pertama Nasi Lemak Pondan"
Post a Comment