loading...
Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa oleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri
diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.
Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia. Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit. Bagaimanapun, penetapanPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimportmenambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.
Dari semalam hendak di katakan pasal *benda* HARAM nie...
Kenapa #chefgarang cakap benda ni yang agak kasar??
Semalam berkesempatan ke beberapa kedai menjual bahan bahan bakeri.. ketika sedang asyik membelek barang barang... sempat menegur BAKER yang mengambil benda HARAM nie..
#chefgarang tanya... buat produk apa yer?... bakeri saya buat roti untk.......
#chefgarang tanya lagi...letak TITANIUM DIOXIDE????????? dengan expression yang mengerut muka :(
Aaah...saya belajar untuk letak putihkan dan haluskan roti.. kalau buat sandwich loaf..memang nampak beza..
#chegarang: masukan ni dalam resepi roti berapa banyak?????
Kalau saya bagitau..habislah RAHSIA saya ...
#chefgarang : RAHSIA???maksudnya RAHSIA MEMBUNUH ORANG SECARA PERLAHAN LAHAN.. tau tak TITANIUM DIOXIDE tu boleh menyebabkan KANSER???? tau tak TITANIUM DIOXIDE merupakan bahan pemutih yang tersangat powerful???
sesiapa sahaja yang membuat roti menggunakan bread improver juga di nasihatkan supaya bertanggungjawab untuk mengambil tahu apa yang di gunakan di dalam bahan tersebut!!!!!!
Yang makan roti itu keberangkalian anak saya, keluarga saya, kawan kawan saya, saudara saudara saya...
Adalah berdosa jika #chefgarang tidak memberi tahu kepada semua..
KENALI BAHAN ASAS MEMBUAT PAU
February 2, 2014 , SisHaza , 13 Comments
Salam Ahad
Cerita tentang pau masih tak habis-habis lagi. Biasalah .. Cik Kiah kalau tak mengomel panjang bukan le Cik Kiah namanya tu 😛
Kali ini bukan tentang resepi pau tapi nak mengajak semua rakan pembaca agar kenali bahan asas membuat pau. Tak kira lah pau tradisional seperti pau kaya atau pau kacang tetapi juga pau versi moden seperti pau tiramisu, pau ayam teriyaki atau lain-lainnya. Kedua-dua versi atau jenis pau ini tetap menggunakan bahan asas yang sama.
Kenali Bahan Asas Membuat Pau
5 bahan asas membuat pau ialah tepung gandum, tepung Tang Mien,tepung Hong Kong, ragi segera dan serbuk penaik.
1.Tepung Gandum
Tepung ni semua orang tahu dan kenal. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi emak saya selalu menggunakan tepung gandum untuk membuat jemput pisang, jemput bawang ,jemput bilis dan sebagainya. Tepung gandum yang terkenal di tempat saya ni adalah tepung gandum cap sauh. Pada masa kini sudah ada banyak keluaran tepung gandum dari syarikat berbeza, jadi just pilih saja mana yang berkenan.
Tepung jenis ini mengandung kadar protein yang rendah, tentu saja dihasilkan daripada bijirin gandum. Tepung jenis ini biasanya telah melalui proses pemutihan atau disebut juga sebagai bleaching sehinggalah kandungan glutennya terurai.
Dalam proses membuat pau, tepung ini sesuai sekali digunakan untuk membuat pau kerana sifatnya yang ringan dan empuk
2. Tepung Tang Mien
Sejujurnya saya sendiri belum pernah menggunakan tepung Tang mien ini 😀 , tapi sekadar mengenal melalui pembacaan sahaja. Tepung ini dihasilkan daripada pati gandum dengan teksturnya yang lebih halus daripada tepung gandum. Warnanya juga lebih putih.
Dalam pembuatan pau, tepung ini selalu dicampur bersama dengan tepung gandum. Hasilnya pau menjadi lebih kembang, gebu dan lembut.
Selain untuk membuat pau, tepung ini juga digunakan untuk kuih-muih lain seperti membuat kulit dim sum.
Di mana tepung ini boleh dibeli ? Jangan bimbang, anda boleh dapatkannya di pasar raya-pasar raya besar atau untuk lebih mudah pergi sahaja ke kedai bahan membuat kek,roti dan kuih-muih. Insyaallah ada dijual di sana.
3. Tepung Hong Kong
Walau pun namanya tepung Hong Kong, anda tak perlu ke Hong Kong untuk membelinya kerana kat Malaysia pun bersepah hehehe ..
Tepung ini juga merupakan salah satu variasi tepung yang dihasilkan daripada biji gandum yang telah dikupas sehinggakan warnanya menjadi putih bersih menandingi tepung gandum itu sendiri. Ia juga sering dicampur bersama tepung gandum pada nisbah tertentu untuk menghasilkan doh yang berwarna putih terang.
4. Ragi Segera
Ragi segera atau dikenali juga sebagai yis adalah merupakan bahan pengembang yang utama dan penting dalam pembuatan mana-mana jenis pau, roti, bun , pizza dan donut. Saya percaya ramai kaum wanita lebih mahir tentang bahan ini.
Ragi segera atau yis ini wujud dalam bentuk butiran halus. Ia sering dicampur bersama tepung gandum semasa proses membentuk adunan atau doh. Bahan ini selalunya ditambah bersama serbuk penaik untuk mewujudkan proses pengembangan adunan.
5. Serbuk Penaik
Ia diperbuat daripada campuran soda kuih dan cream of tartar dengan fungsi yang sama seperti ragi iaitu untuk memberikan kekembangan kepada adunan.
Ok, demikian sedikit maklumat yang boleh dikongsi berkaitan bahan asas membuat pau. Untuk pemahaman lanjut, atau sebarang pertanyaan lebih terperinci ada baiknya anda rujuk sendiri di laman blog membuat pau yang ditulis oleh Chef Hairul. Beliau adalah chef yang juga telah berjaya menunjuk ajar para suri rumah dan peniaga untuk menghasilkan putu buluh dan puding taufufah yang enak dan laris di pasaran.
Saya sekadar berkongsi maklumat yang diperoleh daripada pembacaan. Semoga apa yang dikongsikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pau yang gebu, lembut dan enak. Selamat mencuba ok.
loading...
0 Response to "Waspada Apabila Membeli Pau atau Roti yang terlampau Putih"
Post a Comment