loading...
Kesedaran terhadap aurat wanita ketika di wad bersalin mencetus idea kepada lapan kakitangan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Kemaman mencipta seluar bersalin yang dikenali sebagai `materna pants'.
Kajian keberkesanannya yang dijalankan terhadap 50 ibu bersalin di Hospital Kemaman mendapati semua mereka bersetuju menggunakan seluar berkenaan kerana dapat membantu mereka bergerak dalam keadaan lebih selesa selain memberi penjagaan aurat maksimum selaras dengan tuntutan Islam.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Saifur Rahman Mohamad berkata, seluar bersalin itu juga sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dijadikan antara kemudahan disediakan kepada ibu bersalin di hospital selaras dengan konsep hospital mesra ibadah yang dilaksanakan tahun lalu.
"Buat masa ini, kami masih berbincang dengan pihak pembekal untuk penyediaan bekalan seluar berkenaan memandangkan kosnya yang tinggi dan cara pembuatan termasuk jahitan memerlukan teknik tertentu.
Selepas selesai perbincangan dan memperolehi persetujuan, kami menjangka penggunaan seluar ini dapat dipraktikkan di semua hospital di seluruh negeri menjelang tahun depan," katanya ketika sidang media di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
loading...
0 Response to "Seluar Menutup Aurat Ibu Bersalin Di Semua Hospital Tahun Depan"
Post a Comment